seismik

Status Istimewa Tak Jadi Penghalang, Pemuda Teruja Sertai Uji Bakat Calpis Soda OIAM

Semangat macam ini yang admin suka!

Cover image via TV3 Malaysia

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sanggup pandu sendiri dari Banting, seorang insan istimewa bernama Imran Naim juga tidak ketinggalan untuk menyertai uji bakat Calpis Soda One In A Million di AEON Mall Shah Alam, Selangor

Mempunyai hobi melukis komik, beliau membuat keputusan untuk hadir ke uji bakat selepas mendapat tahu daripada kawan-kawan.

Menurutnya, beliau sangat teruja untuk menunjukkan bakatnya tetapi juga berasa gementar apabila berada di pentas.

"Iman punya perasaan nervous, tapi Iman gembira dapat perform depan juri, memang best!" katanya.

Image via TV3 Malaysia

Juri puji semangat dan usaha sanggup datang dari jauh, niat nak beli kereta untuk ibu bapa kalau menang 1 juta

Selaku juri, Sarah Ismail memberikan komen yang sangat positif dan menghargai semangat Imran yang sanggup datang dari jauh untuk menyertai uji bakat OIAM.

"Saya sangat kagum dengan semangat awak, Imran. Teruskan menyanyi jika itu memang minat awak, kerana saya percaya suara awak punya keunikan yang tersendiri," ujarnya.

Apabila ditanya jika terpilih dan berjaya menangi wang 1 juta yang ditawarkan, Imran berhasrat untuk menggunakannya dengan membeli kereta dan beri pada ibu bapa.

"Imran nak beli kereta dan bagi dekat parents juga," katanya.

Image via TV3 Malaysia

Bagi anda yang berbakat di luar sana, jangan lepaskan peluang ini dan hadir ke uji bakat Calpis Soda One In A Million!

Masih belum terlambat guys, anda yang berada di Kuala Lumpur cepat-cepat hadir ke lokasi ketiga di AEON Hall Aras 4, AEON Mall Shah Alam dan Blok D, Kompleks Perdanasiswa Universiti Malaya pada. Penyertaan uji bakat dibuka sehingga 10 malam ini!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: