"Masam Masam Manis" - Perkongsian Realiti Sebenar Dunia Perkahwinan & Alam Rumah Tangga
Kempen ini akan berlangsung dari 1 Disember 2024 hingga 14 Januari 2025.
Portal media famili moden, Sirap Limau memperkenalkan kempen "Masam Masam Manis" iaitu satu inisiatif kempen meraikan realiti sebenar dunia perkahwinan
Orang ramai dijemput berkongsi pengalaman perkahwinan yang pelbagai warna cinta, serta mencerminkan cabaran dan kebahagiaan dalam setiap perjalanan pasangan.
Melalui penceritaan yang mendalam, kandungan yang menarik, dan penglibatan pembaca, kempen ini bakal mengajak pasangan suami isteri untuk menghargai dan menerima kelebihan atau kekurangan, suka mahupun duka dan menghargai perjalanan mereka bersama.
Kempen Masam Masam Manis dibahagikan kepada empat tema utama yang menggambarkan fasa berbeza dalam perkahwinan, iaitu Sehati Sejiwa, Gelora Perkahwinan, Kemuncak Cinta, dan Kembali Terjalin.
Setiap tema memberi penekanan kepada pelbagai peringkat hubungan perkahwinan dan keindahan dalam menghadapinya.
Kongsikan momen "Masam Masam Manis" rumah tangga anda dan berpeluang menang hadiah bernilai RM500
Ketua Kandungan Editorial Sirap Limau, Nurul Halifah menjelaskan bahawa tujuan utama kempen ini adalah untuk menghapuskan mitos mengenai ‘perkahwinan sempurna’ dan memperkenalkan naratif yang lebih original serta meraikan kekuatan cinta sepanjang perjalanan hidup bersama.
"Kami menyediakan ruang khas di laman web kempen untuk orang ramai berkongsi cerita perkahwinan mereka secara anonymous. Kisah-kisah yang dikongsikan akan menjadi sumber inspirasi bagi kandungan media sosial, memberi peluang untuk berkongsi pengalaman dan menyokong antara satu sama lain," katanya.
Pengurus Kempen, Anis Amirah turut berkongsi mengenai peluang menarik untuk peserta memenangi hadiah mingguan bernilai lebih RM 500 melalui cabaran foto.
Peraduan ini bertujuan untuk merayakan cinta, dan menggalakkan pasangan untuk berkongsi detik bahagia mereka di Facebook bersama kapsyen penuh bermakna serta menggunakan tanda pagar (hashtag) #MasamMasamManis dan #TulisKisahHati.
"Kami juga telah menjalin kerjasama dengan beberapa organisasi seperti tilljannah.my dan Andorra Women’s & Children Hospital untuk menyediakan kandungan yang relevan dan memberi impak bermakna serta meluas kepada semua," kongsi Anis.
Kempen Masam Masam Manis akan menutup tirai dengan sebuah program bual bicara pada 8 Januari 2025, yang bakal dihoskan oleh juruhebah radio popular, Muaz Mohamed.
Program ini akan menampilkan dua tetamu istimewa: Sufia Johari, seorang pencipta kandungan media sosial yang terkenal, dan Haji Hushim, seorang penceramah motivasi yang pakar dalam kaunseling keluarga.
Bertemakan "Alam Perkahwinan Di Zaman Digital", program ini akan membincangkan bagaimana media sosial dan teknologi mempengaruhi hubungan perkahwinan moden serta memberi panduan praktikal untuk pasangan dalam membina hubungan yang lebih kukuh di era digital ini.
Kempen Masam Masam Manis adalah ruang untuk pasangan, keluarga, dan individu menyelami keindahan serta cabaran dalam hubungan perkahwinan. Kami menjemput anda untuk turut serta berkongsi pengalaman perjalanan cinta yang penuh liku dalam mahligai perkahwinan.
Kempen ini akan berlangsung dari 1 Disember 2024 hingga 14 Januari 2025. Untuk maklumat lanjut dan kemas kini, sila layari https://siraplimau.com/masammasammanis dan ikuti Sirap Limau di media sosial; Facebook, Instagram dan X.com.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!