Pasangan Dari Johor Ini Jadi Yang Pertama Di Dunia Cipta Kostum Singa Bahan Kitar Semula
Kreativiti Tan dan Lee turut terpamer pada rekaan bentuk kostum apabila mereka meletakkan unsur batik dan bunga.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tarian Singa ialah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina
Di mana penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa.
Kostum singa akan dimainkan oleh dua orang penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut.
Namun, berbeza dengan pasangan dari Muar, Johor Bahru ini yang mendapat ilham dengan mencipta kostum singa dengan bahan kitar semula.
Kostum kitar semula jadi rekaan pertama di dunia
Menerusi perkongsian bersama FMT Lifestyle, Celine Tan Jean Inn dan Oscar Lee Yiang Siang berkongsi kisah perjalanan mereka dan proses disebalik penghasilan kostum singa kitar semula.
Difahamkan, kostum singa kitar semula rekaan mereka itu telah menjadi yang pertama di dunia.
Pasangan ini bertemu semasa belajar seni bina di Universiti Taylor. Mereka kemudian meninggalkan pekerjaan masing-masing di Kuala Lumpur pada tahun 2017.
Mereka kembali ke Muar, Johor, di mana mereka mula menghasilkan mural untuk menyara diri. Karya pertama dihasilkan mereka ketika itu adalah di Muar yang kemudiannya disusuli dengan beberapa lokasi termasuk salah satunya di Petaling Street.
"Ketika itu terdetik pada fikiran mengapa tidak guna sisa sebagai elemen utama untuk mencipta seni, memandangkan terdapat begitu banyak bahan percuma di sekeliling kita," kata Lee.
Idea tercetus lepas berkolaborasi dengan jenama tempatan
Menurut mereka, idea berkenaan mula tercetus hasil dari kerjasama dengan Joymom’s, sebuah perniagaan ‘cookie’ tempatan.
"Oscar mencadangkan kita gabung kitar semula dengan budaya Cina, maka terlahirlah singa eko," kata Tan.
Mereka kemudian mula menyiapkan projek tersebut dengan pelbagai cabaran seperti mencipta kepala singa dengan menggunakan sisa pembungkus makanan dan juga menggunakan bahan yang jauh berbeza digunakan sebelum ini.
Malah, Persatuan Tarian Singa dan Naga Kun Seng Keng iaitu jaguh tarian antarabangsa yang berpangkalan di Muar, turut meminjamkan kepada mereka sebuah kepala singa yang rosak untuk baik pulih.
Ia sehingga mereka juga bingung bagaimana pasangan berkenaan dapat melakukannya.
Mulut singa ada mesej tersembunyi
Kreativiti Tan dan Lee turut terpamer pada rekaan bentuk kostum apabila mereka meletakkan unsur batik dan bunga.
"Kami cipta corak berbentuk batik dengan menggunting motif bunga dalam pelbagai warna. Apabila selesai, saya tersedar coraknya menyerupai pakaian tradisional Cina dan India. Ia terasa sangat berciri Malaysia," kata Tan.
Menurutnya, mulut singa itu mempunyai mesej tersembunyi pada aksara Cina ‘Fu’ yang bermaksud ‘berkat’.
Tambah Tan, semasa Tahun Baharu Cina, ia adalah peringatan untuk bercakap dengan kata-kata yang baik dan berkongsi kebahagiaan dengan orang di sekeliling kita.
Dengan bantuan ibu Lee, pasangan itu telah mengambil masa kira-kira dua bulan untuk menyiapkan kostum tersebut, meskipun prosesnya sangat rumit.
"Ia kerja rumit. Berat kepala singa itu harus bawah 4kg, tetapi jadi 5kg selepas kepingan-kepingan plastik dilekat.
"Semasa persembahan, penari mesti mengangkat kepala ini selama 10 minit, jadi ia sangat mencabar," kata Tan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!