seismik

[VIDEO] Owner Homestay Puji Geng 'Kapcai' Gotong-Royong Bersihkan Rumah Sebelum Checkout

Bagus betul semua.

Cover image via @aimieee93 (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Selain menginap di hotel, homestay menjadi pilihan ramai semasa mereka bercuti

Apatah lagi kerana homestay mempunyai ruang keluasan yang besar dan boleh memuatkan ramai orang sekali gus, berbeza dengan hotel. Malah, harganya juga murah berbanding menginap di hotel.

Walaupun fasilitinya tidak sama seperti hotel, namun adalah tanggungjawab kita untuk sentiasa menjaga kebersihan dan peralatan yang diberi.

Seperti video yang tular di TikTok ini selepas seorang pemilik homestay memuji tindakan sekumpulan lelaki yang menjaga kebersihan semasa tinggal di situ.

Puji tindakan geng motosikal yang bagus dan jaga kebersihan

Menerusi video di akaun TikTok @aimieee93, pemilik semasa itu mahu ke homestay mereka di mana pengunjung baru sahaja keluar.

Difahamkan, homestay mereka itu telah diduduki oleh sekumpulan geng motosikal. Malah, pemilik juga terserempak dengan mereka semasa keluar.

Namun, apa yang membuatkan pemilik terkejut adalah mereka menapati rumah itu sangat bersih dan kemas seperti tiada siapa yang menginap.

"Kelmarin dulu konvoi 6 motor, hari ini check out konvoi 13 motosikal, siap ada escort kereta sebuah di belakangnya.

"Semua bagus-bagus, tinggal rumah bersih sangat. Sinki clear macam tak guna pun. Suami puji sangat-sangat dekat merekalah," katanya.

Malah, pemilik homestay juga ada berkongsi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mereka sedang membersihkan bersama-sama.

Lihat video di bawah:

@aimieee93 Replying to @Aamily Yg ini ada video dri guest dan dri cctv dpn homestay sy. Bagus tak bagus adik2 niy kan, tqsm @LimitLess Speed original sound - AimieAmirah_93

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

More stories to read: