seismik

Baju Nikah Tak Siap, Malah Pasangan Pengantin Ini Dibaling Helmet Oleh Keluarga Designer

Alahai kesiannya... :(

Cover image via Ibaidillah Othman/Facebook

Setiap orang mengimpikan sebuah majlis perkahwinan yang indah dan bahagia

Semuanya dirancang sempurna dari segi persiapan majlis hinggalah ke busana pengantin yang akan dipakai di hari bahagia kelak. Kalau boleh semuanya mahu perfect.

Namun, mungkin tidak lagi buat lelaki yang bernama Ibaidillah Othman dan pasangannya kerana telah ditipu oleh seorang designer. Ceritanya bermula begini...

Instagram designer.

Image via Ibaidillah Othman/Facebook

"Motor aku dah lah tak seberapa, pastu di aniaya. Kami nak kahwin 18 March 2016 dekat Sabah tapi masih lagi mencari designer baju sebab takde idea lagi kan. Kebetulan gi Majlis Pertunangan kawan tunang aku si (Lyana) lepas tu nampak lah pulak baju dorang, jadi dari situ lah kami start risik sewa atau beli kat mana baju tu. Dia pun rekemen dekat tunang aku designer dia (Azureen) "ZUREEN ZULKIFLI COUTURE" di seksyen 20 Shah Alam.

Kami pun jumpa lah dia lepas kenduri, bincang design and baju. Kain kami dah beli awal2 sbb dah tau nak kaler apa. Cuma design tak tau nak buat apa, minta lah advice and kepakaran dia. Bila setuju kami pun pass lah kain on 2nd Jan 2016. Kira ada masa dalam 2 Bulan sebelum kahwin untuk fitting sebelum Our big day. Bila pass kain dia ckp sume ok, boleh follow design kami nak. Sumenya manis smpai kami percaya dan tak cerewet."

facebook.com

Dah dekat nak date kahwin, baju nikah tak juga siap-siap

"Designer (Azureen) cakap boleh siap akhir bulan 2, time tu boleh fitting and alter kalu perlu. Tapi bila kami followup masa 28 Feb, Designer (Azureen) cakap baju tak start jahit lagi. Baju laki je baru siap separuh. Kami pun cuak lah pasal dah dekat nak date kahwin. Lagi 2 minggu nak FLY Sabah. Aku dah bg baju melayu contoh untuk dia follow bulat2 so senang sikit keje dia. Sekali aku dapat, Tgn besar sebelah, malah jahitan pun tak rapi."

facebook.com
Image via fbcdn.net

Baju nikah perempuan langsung tak buat, 'kononnya' tak sempat disebabkan denggi

"Baju tunang aku (Lyana) tak ada langsung. Alasan dia (Azureen) bagi mula2 kata Denggi, kami pun consider lah sbb sakit kami pun paham. Lepas tu kami followup lagi beberapa hari lepas tu 1st March, katanya kain tak cukup. Tunang aku (Lyana) ckp lah tlg je lah beli, nnti kami byr je brapa nak dia charge, dia kata OK. Bile di tanya esok, kata nya tak boleh follow design yg awal2 kita setuju, dia suh pilih design lain, kat situ tunang aku (Lyana) dah benggang sbb tak dpt pilihan dia nak, tp dia follow je sbb dah nak dekat FLY dan nak senangkan keje dia."

facebook.com

Mereka cuba hubungi designer tersebut. Namun, bila Whatsapp tak berbalas, bila call tak berangkat.

Perbezaan antara baju contoh and baju di jahit oleh designer. Dia ckp ikut sebijik bju contoh. Tp aku tgk sini cm cacat je.

Image via Ibaidillah Othman/Facebook

"Ari ahad ari tu 5th March, Tunang aku (Lyana) contact bile nak fitting. Designer (Azureen) cakap petang, bile dah petang di whatsapp tak berbalas, bile call tak angkat. Waktu Malam baru Designer (Azureen) balas ckp di hantar baju tu dah siap and hantar gi Dobi. Bila tanya mana dobi and kedai dia, dia tak nak bg tau lokasi. Jadi tunang aku (Lyana) jumpa kwn dia nk tanya mana kedai dia. Kwn tunang aku (Ecah) kata dia kedai di rumah. Jadi kami pergi ke sana nak tanya lebih lanjut. Alasan designer (Azureen) kasi tau dia kat umah atok dia. Banyak juga alasan dia bg nak mengelak jumpa kami.

Semalam, 8th March. Kami pun gi lah tmpt dia sbb nak amik baju. Designer (Azureen) cakap boleh collect kol 9.30pm. Bile dah sampai depan rumah, dia takde tak balik lagi dr amik baju kat dobi. Mak dia suh tggu kat luar rumah, kami bukan nak sergah rumah orang, tapi dah kat situ kedai dia nak wat cam mana. Kami tggu lah dari 9.30 mlm smpai kol 12.00 mlm baru dia balik."

facebook.com

Rupa-rupanya baju belum siap sempurna. Tiba-tiba bapa designer halau mereka pulang malah mereka juga diugut.

"On the spot, Tunang aku (Lyana) amik baju and check terus. Baju nikah masih di dlm beg asal kami bg bkn dlm plastic dobi ye. Nampak sangat kantoi menipu kat situ. Tunang aku (Lyana) tanya lah kenapa cam ni. Tak siap2 lagi, Dia tak terjwb2.

Tiba2, Bapa Designer (Azureen) keluar suh kami balik. Dah dpat baju suh kami balik, ugut nak bakar motor aku bagai. Aku kat sana diam je tak campur gaduh perempuan. Bapa dia datang depan aku pandang langgar bahu aku. Aku pun ke belakang lah sikit, kot2 kacau jalan dia. Tetiba, adik dia dtg dekat moto aku amik helmet yg aku sangkut kt side mirror."

facebook.com

"Adik dia pergi melulu dekat tunang aku (Lyana) macam nak hentak aku dengan helmet aku"

"Adik dia pergi melulu dekat tunang aku (Lyana) cam nak hentak ngn helmet aku. Mak dia cuba halang, Aku pun cakap kt Tunang aku (Lyana) "balik lah kita dah teruk sngt ni". Bapa dia masuk dalam cam nk amik senjata, adik dia entah apa hal cmpak helmet aku kt moto. Aku baru tgur adik dia "Bro, helmet". sekali Helmet terbang daa, hampir2 nak kena sbb aku berdiri sebelah moto. "Jammed kejap kepala otak aku sekejap". Aku kutip Helmet terus aku blah ngn tunang aku (Lyana). Boleh lagi jerit kat kami, ko report lah polis pun kitaorang tak takut lah.

Dari niat nak amik Baju Nikah, terus jadi scene nak gaduh. Apa lah dosa kami ni. Bukan kami nak aibkan pihak dia, tapi cuba korang letak situasi kami kt korang? Jumaat ni 11th March nk FLY. Baju takde lagi. Tunang aku (Lyana) non stop nagis smpai sekarang pasal takde baju untuk our BIG Day."

facebook.com

"Baju Nikah. Tangan belah kiri besar sebelah. Not big issue for me still boleh terima. Tapi ni last aku pergi dekat designer ni"- Ibaidillah Othman

Image via Ibaidillah Othman/Facebook

Setelah baca kisah ini, kami sendiri terkejut dan tak dapat bayangkan bagaimanalah agaknya keadaan kedua-dua bakal pengantin ini. Kami doakan semoga segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan. Insha Allah.

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Anda akan berkahwin tidak lama lagi? Sedang mencari pereka kek moden untuk hari bahagia anda? Klik SINI:

Kek hari jadi Neelofa pun tak kurang hebatnya. Bertatahkan kristal lagi!

You may be interested in: