Pastikan Umur 40 Tahun Dan Ke Bawah Baru Layak Jadi Ketua Pemuda UMNO
Jika sesiapa yang menginginkan jawatan Ketua Pemuda UMNO selepas ini, pastikan umur tidak melebihi 40 tahun.
Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed Mencadangkan Supaya Pergerakan Pemuda UMNO Membuat Usul Supaya Had Umur 40 Tahun Ditetapkan Bagi Jawatan Ketua Pemuda UMNO
Nur Jazlan, yang juga Anggota Parlimen Pulai, berkata pendekatan itu penting bagi meremajakan parti dan melahirkan pemimpin pelapis pada masa akan datang.
bernama.comSambil berkata sudah tiba masanya Pergerakan Pemuda UMNO memerlukan suntikan baru bagi menarik lebih ramai generasi muda, beliau yakin matlamat itu boleh dicapai jika pemimpinnya terdiri daripada golongan berkenaan.
bernama.comIni Bertujuan Bagi Memastikan Peralihan Kuasa Pimpinan Yang Berterusan Di Kalangan Generasi Muda Dan Bagi Memastikan Parti Itu Terus Menjadi Pilihan Generasi Muda Melayu Pada Masa Akan Datang
"Pergerakan Pemuda memerlukan suntikan baru bagi menarik generasi muda menyertai parti dan ia dapat dicapai apabila pemimpinnya adalah daripada kelompok generasi muda."
themalaysianinsider.com“Jadi, apabila usia ketua Pemuda Umno dihadkan kepada 40 saja, ia membuka ruang kepada mereka bertanding dengan lebih adil tanpa ada sebarang kelebihan mempunyai jawatan di peringkat kerajaan atau parti,” katanya.
themalaysianinsider.comUMNO Digesa Supaya Pucuk Pimpinan Parti Memberi Peluang Serta Mengetengahkan Muka-Muka Baru Yang Terdiri Daripada Generasi Muda Bagi Memastikan Parti Tersebut Kekal Relevan
“Proses peremajaan parti perlu dilakukan di peringkat sayap Pemuda dan langkah menghadkan usia ketuanya akan menarik lebih ramai golongan muda menyertai parti serta mewujudkan persaingan sihat untuk menjadi pemimpin pergerakan ini."
informasi.my“Ketika ini, kita dapat lihat pemimpin kanan UMNO sama ada di peringkat kerajaan atau parti bertanding merebut jawatan menyebabkan muka serta bakat baru sering kalah kerana kurang dikenali," tambah Nur Jazlan.
informasi.myCadangan Ini Turut Mendapat Sokongan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin. Beliau Berkata UMNO Perlu Mempunyai 30% Calon Daripada Golongan Muda Untuk Pilihan Raya Akan Datang.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin mencadangkan 30 peratus calon pilihan raya umum akan datang terdiri daripada golongan muda berusia bawah 40 tahun.
astroawani.comBeliau berkata kini tidak sampai empat peratus calon yang menang peringkat Parlimen pada pilihan raya umum lepas, berusia bawah 40 tahun.
astroawani.comLangkah Tersebut Juga Penting Untuk Memberi Peluang Kepada Golongan Muda Yang Terdiri Daripada Pelbagai Bidang Kerjaya Termasuk Profesional Menjadi Pemimpin Pelapis Yang Cemerlang
“Kita harap pucuk pimpinan parti boleh mempertimbangkannya supaya calon pilihan raya umum terdiri daripada golongan muda sama ada lelaki dan wanita yang berusia bawah 40 tahun."
umno-online.my“Sudah ada banyak peningkatan, sudah ada ramai pemimpin baru berumur 20an dari golongan profesional dan pemimpin mahasiswa ramai bersama kita, beri platform kepada mereka untuk menjadi pemimpin pelapis,” jelas Khairy.
umno-online.myNaib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun Menjelaskan Bahawa Pihaknya Sebulat Suara Menyokong Saranan Khairy Jamaluddin Untuk Memberi Kuota Sebanyak 30% Kepada Golongan Muda
"Langkah ini bertepatan dan harus dilaksanakan segera memandangkan kecenderungan generasi muda Melayu memihak kepada pihak pembangkang yang dilihat lebih banyak memberi peluang kepada mereka untuk melibatkan diri dalam bidang politik.
utusan.com.my"Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu, pembangkang meletakkan kira-kira 20 peratus golongan muda di bawah usia 40 tahun, manakala Barisan Nasional (BN) hanya empat peratus dan perkara ini harus diubah," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Tahunan Pemuda UMNO Bahagian Pulai, di sini malam tadi.
utusan.com.my