seismik

Pedofilia Bersiri Diberkas, Polis Temui 15 Video Aksi Seks Dirinya Dengan Kanak-Kanak

Kesemua mangsa adalah kanak-kanak berusia antara lapan hingga 12 tahun.

Cover image via Berita Harian

Seorang lelaki pedofilia berusia 21 tahun ditangkap polis selepas seorang pelajar berusia lapan tahun di Terengganu memaklumkan kepada guru tentang kelakuan mereka

Lelaki terbabit, Mohammad Amir Mohd Layi ditangkap di rumahnya pada 27 Mac selepas guru tersebut membuat laporan polis.

Menurut sumber, suspek didakwa melakukan kesalahan seksual terhadap 12 kanak-kanak perempuan berusia antara lapan hingga 12 tahun sejak tahun lalu.

Kesalahan seksual yang dilakukannya termasuk merakam pornografi, menyentuh buah dada dan kemaluan, serta seks oral.

Menurut pihak polis, suspek akan memasuki sekolah-sekolah di Marang dan Kuala Terengganu dengan mendekati pelajar atas alasan mencari tandas atau mengunjungi saudara

Gambar sekadar hiasan

Image via SAYS

"Suspek sering mensasarkan para pelajar yang sedang menunggu ibu bapa mereka untuk membawa pulang dari sekolah.

"Dia kemudian akan mengancam mangsa-mangsa untuk diam dan pelajar-pelajar yang trauma akan mematuhi suspek yang mula merakam aksi jijiknya," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Fazlisyam Abdul Majid.

Buat masa ini, polis telah mengenal pasti 13 mangsa.

Polis merampas dua telefon bimbit suspek, salah satunya mengandungi 15 video aksi seksualnya

Asisten Komisioner Fazlisyam Abdul Majid

Image via The True Net

Fazlisyam mendedahkan suspek menyasarkan kanak-kanak perempuan berusia antara lapan hingga 12 tahun, dari jam 1 hingga 2 petang pada hari persekolahan dan jam 4 hingga 6 petang pada hujung minggu.

"Luangkan masa dengan anak-anak anda. Tanya mereka setiap hari jika ada yang tak kena.

"Kita mesti melindungi anak-anak kita kerana pedofilia adalah perkara yang serius," nasihat Fazlisyam kepada ibu bapa.

Semalam, suspek mengaku tidak bersalah selepas menghadapi 16 tuduhan kesalahan seksual di tiga mahkamah berasingan di Kuala Terengganu

Jika sabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh dikenakan sebat.

Hakim ketiga-tiga mahkamah kemudian menetapkan 22 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Pedofilia semakin berleluasa. Jaga-jaga!

You may be interested in: