seismik

[VIDEO] Seorang Pekerja Hampir Nazak Dipukul Dengan Getah Paip Kerana Didakwa Mencuri

Manusia sekarang makin hari makin kejam.

Cover image via Video Viral/Facebook

Akibat didakwa mencuri wang milik syarikat, seorang lelaki dipercayai warga Indonesia dipukul tanpa belas kasihan dengan menggunakan getah paip oleh majikannya

Kejadian itu menjadi viral apabila satu video berdurasi 2 minit 10 saat yang memperlihatkan lelaki tersebut mengerang kesakitan sambil merayu dan menangis, tersebar di Facebook pada 20 Februari lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad ketika dihubungi berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang aduan daripada mana-mana individu berkaitan kes berkenaan.

sinarharian.com.my

Melalui video rakaman amatur itu, jelas sekali menunjukkan lelaki berkenaan berkali-kali merayu supaya majikannya berhenti daripada terus memukul dirinya.

Lelaki tersebut merayu untuk tidak dipukul

Image via Video Viral/Facebook

"Aduh sakitnya tangan aku, mati aku bang…aku minta tolong jangan pukul lagi..saya sumpah bukan saya yang lakukan,” rayu lelaki tersebut.

Sungguhpun begitu, segala rayuan itu langsung tidak diendahkan oleh majikannya yang dipercayai juga merupakan rakyat tempatan.

Visual lelaki tersebut dipukul dengan getah paip

Image via Video Viral/Facebook

"Cakap, kamu sudah curi company punya wang (duit syarikat),” kata lelaki tersebut sebelum menendang muka pekerjanya yang tidak melawan itu.

Visual lelaki tersebut ditendang pada mukanya

Image via Video Viral/Facebook

Di Facebook, rata-rata netizen berang dan mengecam tindakan majikan berkenaan, malah meminta PDRM untuk mengambil tindakan tegas terhadap lelaki warga tempatan tersebut

Selepas 24 jam dimuat naik di Facebook, sebanyak 16,115 pengguna menekan butang 'like' dan lebih 88,405 berkongsi rakaman video itu di wall masing-masing.

sinarharian.com.my

Video itu dikatakan turut tersebar di negara jiran dan kebanyakan rakyat Indonesia juga berasa sangat marah dan berang setelah menonton video berkenaan.

Saksikan video penuh di bawah:

Dapat info katanya lelaki ni dibelasah kerana curi duit syarikat....entah idup mati x tau la mamat nih....

Posted by Video Viral on Saturday, 20 February 2016

Apa pendapat anda?

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Video viral seorang nenek yang didera ini pula dikatakan mereka hanya bergurau semata-mata. Baca SINI:

You may be interested in: