Pelajar OKU 11 Tahun Dirotan Guru Berkali-Kali Sehingga Lebam
Akibat gagal menjawab soalan yang diajukan, seorang guru bertindak merotan pelajar OKU sehingga lebam.
Seorang Murid OKU Darjah 5 Dari Kluang, Johor Dirotan Di Bahagian Punggung, Paha Dan Belakang Badan Sehingga Lebam
Abdul Rahman Mustafa, 11, yang juga kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) fizikal memberitahu, guru berkenaan memukulnya kerana dia gagal menjawab soalan yang diberikan pada sesi pembelajaran.
sinarharian.com.myMenurutnya, sebelum dipukul dia diarahkan guru terbabit supaya menghulurkan tangan, tetapi dia mengelak.
sinarharian.com.myAkibat tindakan itu katanya, guru tersebut bertindak di luar jangkaan dengan memukul bahagian punggung, paha dan belakang badannya sehingga lebam.
sinarharian.com.myPelajar Tersebut Mendakwa Dipukul Berkali-Kali Sehingga Membuatkannya Menangis Kerana Kesakitan
“Lebih daripada sekali saya dipukul sehinggakan saya menangis kerana tidak dapat menahan sakit. Selepas dipukul, saya diarahkan untuk berdiri di atas kerusi,” kata Abdul Rahman.
sinarharian.com.myAbdul Rahman kini trauma untuk ke sekolah dan mahu dia ditukarkan ke kelas pendidikan khas.
sinarharian.com.myIbu Mangsa, Faridah Kunyikoya Menyifatkan Tindakan Guru Tersebut Sebagai Melampau
"Saya akui anak saya agak lembap dalam pelajaran, tetapi perbuatan guru itu yang menghukum murid secara keterlaluan bukan cara terbaik untuk mendidik."
sinarharian.com.my“Pada mulanya saya mahu pendamkan sahaja perbuatannya kerana tidak mahu memalukan pihak sekolah tetapi saya tidak mahu perbuatan sama berulang lagi," katanya.
sinarharian.com.myBapa Abdul Rahman, Mustafa Mohamed Membuat Laporan Polis Di Dua Balai Polis Berasingan
Dia segera membuat laporan di Balai Polis Simpang Renggam. Dia yang juga seorang penyelia di sebuah syarikat di Pasir Gudang membawa anaknya itu menjalani pemeriksaan di Hospital Kluang sebelum membuat satu lagi laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang.
sinarharian.com.myWalau Bagaimanapun, Guru Tersebut Dikhabarkan Telah Memohon Maaf Kepada Ibu Bapa Mangsa
“Guru tersebut mengaku dan memohon maaf ketika saya berjumpanya di sekolah. Saya menyerahkan hal ini kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya,” dakwa bapa mangsa.
sinarharian.com.my