seismik

Pelajar Tingkatan Dua Maut Dibelasah Warga Emas 70 Tahun

Mangsa dipercayai terlibat dalam satu pergaduhan dengan seorang lelaki berusia 70 tahun.

Cover image via edgecastcdn.net

Pada 16 Jun 2014, Seorang Pelajar Tingkatan Dua Maut Dibelasah Seorang Lelaki Berusia 70 Tahun Dengan Sebatang Besi Di Bestari Jaya, Kuala Selangor

Gambar sekadar hiasan.

Image via edgecastcdn.net

Seorang pelajar lelaki berumur 14 tahun maut akibat dipukul dengan sebatang besi dalam satu pergaduhan dipercayai dengan seorang lelaki 70 tahun di Bestari Jaya, Kuala Selangor pada Isnin, 16 Jun 2014.

karangkraf.com

Mangsa Yang Mengalami Kecederaan Serius Pada Peha Kanan Dikatakan Meninggal Dunia Ketika Dalam Perjalanan Ke Hospital Sungai Buloh Pada Jam 10.40 Malam

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah.

Image via antarapos.com

Menurut sumber, dalam kejadian itu mangsa mengalami pendarahan serius di bahagian peha kanannya.

yahoo.com

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata pihaknya menerima panggilan daripada pihak Hospital Sungai Buloh kira-kira jam 10.40 malam memaklumkan bahawa mangsa meninggal dunia ketika dibawa ke hospital berkenaan.

sinarharian.com.my

Namun Begitu, Pihak Polis Berjaya Menangkap Suspek Tersebut Serta Merampas Sebatang Besi Dan Pakaian Berlumuran Darah. Suspek Kini Direman Bagi Membantu Siasatan.

"Susulan kejadian itu, pihak kami berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 70 tahun awal pagi tadi dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan tersebut," kata Adnan.

themalaysianinsider.com

Adnan berkata pihaknya turut merampas sebatang besi serta pakaian berlumuran darah dipercayai milik suspek.

karangkraf.com

Lelaki terbabit direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan membunuh.

yahoo.com

JUGA DI SAYS: Warga Bangladesh Gaduh Berebut Bilik Air Sampai Toreh Telinga Kawan

You may be interested in: