seismik

Pemandu Mabuk Tertidur 3 Jam Dekat Lampu Isyarat, Siap Mencarut Bomba Yang Datang Kejut

Menyusahkan ramai pihak.

Cover image via @muhammadrozisyafiq (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Meminum arak sememangnya tidak digalakkan untuk mereka yang memandu

Hal ini kerana, ia akan membuat seseorang itu menjadi mabuk dan berkemugkinan besar akan menyebabkan kemalangan di jalan raya.

Namun, baru-baru ini tular sebuah video memaparkan seorang lelaki yang dipercayai mabuk sehingga tertidur selama tiga jam di lampu isyarat telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Orang awam terpaksa panggil bomba awalnya ingat dah meninggal

Menerusi video tersebut, pengguna TikTok bernama Muhammad Rozi Syafiq menjelaskan kereta tersebut tidak bergerak selama hampir tiga jam walaupun lampu isyarat telah bertukar hijau.

Dia menyangkakan ada sesuatu yang terjadi kepada pemandu tersebut dan terus menghubungi pasukan bomba untuk menyelamatkan mangsa.

Tetapi, bagaimanapun ternyata pemandu berkenaan tiba-tiba tersedar dan keluar dari kereta untuk memahami situasi yang berlaku. Malah, dia siap memberi carutan kepada pasukan bomba sebaik saja dia tersedar. Rupa-rupanya lelaki itu berada dalam keadaan yang mabuk.

Lihat video sambungan itu di bawah:

@muhammadrozisyafiq ingatkan mati rupanya mabuk.3 jam tidur kt traffic light. Bomba datang nk tolong tapi kena F*ck pulak.dahlah mabuk menyusahkan orang . kalau kena report dengan tiktok lagi- taktau nak cakap apa dah . #srihartamas #fyp #pemabuk original sound - Muhammad rozi syafiq

"Kesian abang bomba, macam-macam cabaran" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan pandangan mereka mengenai kejadian itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 239.6K views, 7,896 likes dan 525 comments di TikTok.
 
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Nasib baik ada abang bomba datang tolong, kalau tidak berapa lama lagi agaknya dia tidur dekat situ?

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

You may be interested in: