Pak Cik Ini Dimarahi Tak Sengaja Kotorkan Baju Pelanggan, Saksi Beri Wang Tanda Simpati
Adab tu penting ya.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Menjaga adab dan budi bahasa adalah sangat penting dalam semua lapisan masyarakat
Ia adalah cerminan diri kita sama ada kita melakukannya dengan baik atau sebaliknya. Tetapi, dilihat budi bahasa dalam masyarakat hari ini semakin berkurangan kerana keangkuhan diri.
Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang wanita berkongsi sikap pelanggan yang tiada budi bahasa memarahi tukang bersih telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tukang bersih tak sengaja kotorkan baju raya pelanggan
Menerusi video tersebut, kelihatan pengguna TikTok itu menujukkan seorang tukang bersih warga Bangladesh yang sedang mengemas di medan selera.
Namun, menurut wanita itu dia memberitahu pak cik tersebut telah dimarahi oleh seorang bangsa Melayu kerana tidak sengaja mengotorkan baju raya miliknya. Malah, pelanggan tersebut siap memakinya selepas kejadian itu.
Oleh kerana simpati, wanita itu dan suaminya kemudian menghulurkan sedikit wang sebagai tanda simpati dan sebagai tanda terima kasih atas kerjanya itu.
"Walau apa bangsa mahupun agama, mereka juga manusia" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan kata-kata nasihat dan memuji tindakan wanita tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 50.5K views, 2,008 likes dan 142 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!