Rosmah Memaafkan Syed Saifullah Selepas Menyebarkan Gambar 'Kematian' Beliau
Gambar 'kematian' Datin Seri Rosmah Mansor telah tersebar luas di laman sosial beberapa hari yang lalu.
Pemilik Akaun FB 'Syed Saifullah' Ditangkap Pada Pagi Ahad, 6 April 2014 Gara-Gara Menyebarkan Gambar Fitnah Rosmah Mansor
Pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama ‘Syed Saifullah’ ditahan bagi membantu siasatan berhubung penyebaran gambar yang menunjukkan cebisan daging dan wajah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, lelaki berusia 25 tahun itu, yang bekerja di sebuah kedai dobi, ditahan di rumahnya di Seri Iskandar, Perak kira-kira jam 12.05 tengah malam Ahad (6 April 2014).
“Polis turut memeriksa rumah lelaki berkenaan dan merampas antaranya satu telefon bimbit, satu set komputer dan pemacu,” katanya.
Kes Tersebut Disiasat Di Bawah Seksyen 505, Kanun Keseksaan Dan Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi Dan Multimedia
Lelaki itu direman sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan yang melibatkan kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam.
Baru-Baru Ini, Akaun FB Tersebut Memuat Naik Sebuah Gambar Cebisan Daging Dengan Wajah Rosmah Mansor Yang Kemudian Menjadi Viral Di Laman Sosial
"Dari Ia kite datang, dan dari Ia jugak kiter dikembalikan.. :( Pesawat yang membawa isteri dan PM dlm perjalanan pulang dari Perth telah hilang dari radar dan dijumpai terhempas kat Lautan Sumatera Selatan.. :( Al-Fatihah #Pray4Rosmah".
Apa Pula Kata Datin Seri Rosmah Mansor Terhadap Isu Ini?
Susulan perbuatan fitnah seorang pengguna Facebook terhadap isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, beliau mengesahkan kenyataan memaafkan individu terbabit yang kini tersebar luas di internet adalah benar.
Kenyataan Rosmah mengenai perbuatan Syed Saifullah menyebarkan gambar kematian palsu beliau.
Image via www.mazidulakmal.com“Kita kalau marah macam mana pada seseorang pun, tidak akan tergamak buat begitu. Mudah-mudahan dia akan menyesali perbuatannya dan kembali ke pangkal jalan,” kata Rosmah.
Butiran Lain Mengenai Syed Saifullah Turut Tersebar Di Laman Sosial
Melalui akaun FB ini, Syed Saifullah dikatakan telah berkahwin dengan seorang wanita bernama Darul Nadwah.
Image via melvister.comSyed Saifullah juga merupakan seorang penyokong parti berhaluan kiri yang menentang kerajaan.
Image via melvister.comMenurut Kajian Pihak SAYS, Kami Mendapati Gambar Tersebut Diambil Dari Sebuah Laman Web 'documentingreality.com'