seismik

10 Jenis Nasi, 7 Jenis Lauk Dimasak Oleh Pengantin Ini Di Hari Perkahwinannya!

Memang mewah habis makanan yang dihidangkan oleh pasangan ini kepada semua tetamu.

Cover image via Harian Metro

Bila nak pergi majlis perkahwinan memang selalunya kita akan excited sebab dapat meraikan kedua-dua mempelai yang berkahwin

Kisah pasangan pengantin yang berasal dari Raub, Pahang ini telah mencuri perhatian masyarakat. Di mana pada hari perkahwinan mereka, pengantin lelaki sendiri iaitu Muhammad Syukri Addnan, 28 dikatakan telah mengambil masa untuk memasak sendiri semua makanan yang bakal dihidang kepada tetamu.

Sempat buat 10 jenis nasi, 7 jenis lauk dan 6 jenis air berperisa untuk hidangan istimewa tetamu yang bakal hadir

Image via Harian Metro

Muhammad Syukri Addnan juga dikenali sebagai pengusaha katering syarikat yang diuruskan bersama keluarganya iaitu, ANAC Katering Enterprise.

Beliau meluahkan rasa gembira kerana mereka kelihatan sangat berpuas hati dengan makanan yang terhidang di majlis perkahwinannya pada 13 Januari lalu.

Katanya lagi, "Idea itu sebenarnya untuk saya menghargai pelanggan di sekitar Raub (Pahang) selain untuk mereka mencuba keenakan pelbagai jenis nasi yang kami boleh sediakan.

"Sebelum itu, saya umum dalam Facebook untuk menjemput semua orang datang ke majlis persandingan kami di Kampung Melayu Sungai Lui 2, Raub," katanya ketika dihubungi.

Image via Harian Metro

Syukri mendapatkan semua bahan-bahan yang diperlukan untuk masak 4 hari sebelum majlis perkahwinannya

Menerusi laporan oleh wartawan Harian Metro, Syukri dikatakan telah menggunakan 97 kilogram (kg) beras untuk memasak Nasi Hujan Panas, Nasi Jagung, Nasi Serai, Nasi Beriani, Nasi Arab, Nasi Minyak, Nasi Tomato, Nasi Keduli, Nasi Lobak dan Nasi Putih.

"Saya belajar memasak daripada ibu saya, Norazizah Ahad, 60, yang memang suka dan pandai memasak serta kebolehan ini mungkin diwarisi daripadanya.

"Lagi satu, saya juga ikut gaya ayah saya, Addnan Md Amin, 63, yang akan sediakan makanan yang agak 'mewah' untuk tetamu dalam apa saja majlis."

"Saya tidak kisah keluarkan belanja banyak untuk penyediaan makanan majlis kedua-dua pihak ini kerana kalau makan, kita akan kenyang dan ini juga adalah satu daripada cara untuk bersedekah"

Image via Harian Metro

Tambahnya lagi, dia hanya memakai pakaian berharga RM150 dan isterinya RM250. Mereka berdua hanya mengeluarkan bajet sebanyak RM9,000 untuk makanan yang dihidang kepada tetamu.

Beliau juga dikatakan sangat gembira dan berpuas hati kerana beliau telah menerima banyak komen yang positif daripada tetamu dan ada juga yang mendoakan semoga mereka murah rezeki dan sering berbahagia dalam perkahwinan ini.

Kami doakan pasangan mempelai ini akan berbahagia hingga ke anak cucu! :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Tak tahu nak order kek untuk majlis perkahwinan dekat mana? Baca sini:

Kalau nak cuba untuk jadikan Nasi Lemak sebagai menu di majlis perkahwinan pun boleh!

You may be interested in: