[VIDEO] Pengasuh Kejam! Netizen Luah Kesal Tonton Video Bayi Kena Dera Di Penang
Apa salah bayi tu?
Salah satu yang menjadi kerisauan ibu bapa bila menghantar anak-anak ke rumah pengasuh adalah sama ada kebajikan anak mereka terjaga
Mana taknya, sering kali kedengaran berita pengasuh mendera anak di bawah jagaan mereka hingga ada yang membawa kepada kematian. Siapa tak paranoid?
Sebab itu juga, ramai juga ibu bapa yang cerewet dan berhati-hati tatkala menghantar anak mereka ke rumah pengasuh. Pun begitu, kalau nasib tak baik tetap juga 'terkena'.
Terbaru, dua buah video pendek tular di laman Twitter menunjukkan seorang pengasuh mendera bayi di bawah jagaannya
Dalam video berdurasi 3 dan 6 saat tersebut menunjukkan bagaimana seorang pengasuh bertindak kasar terhadap seorang bayi.
Dalam pada itu, video yang dikongsi oleh pengguna Twitter, Alainaib setakat ini sudah mendapat lebih 2,000 ulang kicau dan hampir 600 tanda suka.
Difahamkan, kejadian tersebut sudah lama berlaku namun baru ditularkan kerana pelakunya masih lagi bebas
"Tempat kejadian berlaku di Pulau Pinang. Video dah lama rekod tapi baru tular. Takut dengan pengasuh ni punya pasal.
"Harap tular sampai pihak tertentu ambil tindakan yang sepatutnya sebab perbuatan dia ni dah lama sebenarnya cuma tidak diketahui.
"Aku tengah pujuk orang yang minta tolong aku muat naik kat Twitter untuk butiran lain contohnya laporan polis, atau gambar pengasuh.
"Tapi satu famili takut tak berani tapi nak orang itu ditangkap. Jadi aku hanya mampu tolong kongsi video je setakat ini. Tengok video pun jelas bayi tu kena dera jadi memang bukan fitnah," tulisnya.
Susulan itu, ramai yang marah melihat video tersebut malah ada juga yang berkongsi kisah sama berkaitan dengan pengasuh