seismik

Peniaga Boleh Didenda RM500 Ribu Jika Jual Barang Di Atas Harga Siling Sempena Raya

Kerajaan telah menetapkan harga siling bagi beberapa barangan keperluan pengguna sempena Hari Raya Aidilfitri ini.

Cover image via come2kelantan.my

Sempena Aidilfitri, Harga Siling Bagi 18 Barangan Keperluan Telah Ditetapkan Oleh Kerajaan Bagi Membendung Eksploitasi Harga Oleh Para Peniaga

Para peniaga tidak dibenarkan menjual barangan melebihi harga siling.

Image via wordpress.com

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) meletakkan harga siling terhadap 18 jenis barang keperluan bagi membendung eksploitasi harga oleh peniaga sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri bulan depan.

utusan.com.my

Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata, kesemua produk tersebut dijadikan barangan kawalan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan selama 17 hari bermula 20 Julai hingga 5 Ogos depan.

utusan.com.my

18 Barangan Keperluan Yang Dimasukkan Adalah Seperti Ayam, Daging Lembu, Telur Ayam, Bawang Merah, Bawang Putih Dan Lain-Lain

Barangan yang dikenakan harga siling adalah seperti ayam, daging lembu, telur ayam dan lain-lain.

Image via 1malaysianews.com

Antara barangan berkenaan adalah ayam hidup, ayam standard, ayam super, daging lembu tempatan, daging lembu import (harga maksimum di Sarawak sahaja), daging kerbau import, telur ayam gred A, B, C, cili merah dan tomato.

sinarharian.com.my

Barangan lain adalah kelapa biji, kelapa parut, bawang merah kecil (India), bawang besar import, bawang putih (China), ubi kentang import (China) dan ikan kembung termasuk ikan mabung (berat antara tujuh hingga 10 ekor sekilogram).

sinarharian.com.my

Di Sabah, Sarawak Dan Labuan Pula, Harga Maksimum Bagi Setiap Barangan Adalah Berdasarkan Harga Kawalan Ketika Pesta Kaamatan Dan Hari Gawai Mei Lalu

Datuk Seri Hasan Malek menteri dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Image via thestar.com.my

"Bagaimanapun, daging lembu tempatan di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan adalah lebih tinggi berbanding semasa pelaksanaan skim Hari Raya Aidilfitri 2013 disebabkan penentuan harga mengikut kesesuaian harga pasaran semasa barangan."

sinarharian.com.my

"Selain itu, harga maksimum bagi setiap barangan adalah berbeza mengikut tempat kerana beberapa faktor, antaranya jarak pembekal sesuatu barangan dengan setiap daerah," jelas Hasan.

sinarharian.com.my

Peniaga Yang Gagal Mematuhi Arahan Akan Dikenakan Tindakan Tegas Termasuk Denda Sehingga RM100 Ribu Sehingga RM500 Ribu

Peniaga yang gagal mematuhi skim ini akan dikenakan tindakan tegas, katanya.

astroawani.com

Hasan turut memberi amaran kepada peniaga bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang gagal mematuhi peraturan di bawah skim itu termasuk denda sehingga RM100,000 dan penjara bagi individu serta denda sehingga RM500,000 bagi syarikat.

sinarharian.com.my

JUGA DI SAYS: Tambang Bas Ekspres Tak Naik Menjelang Aidilfitri Ini

You may be interested in: