seismik

Tiba 10 Minit Lewat Kerana Trafik Sesak, Lelaki Ini Terselamat Daripada Nahas Lion Air

Namun enam rakannya semua terkorban.

Cover image via Tribun News

Saat tersangkut dalam kesesakan lalu lintas di Tol Cikampek, lelaki ini, Sony Setiawan berasa kesal kerana mengetahui bakal terlepas penerbangan ke Pangkal Pinang

Image via Bangka Pos

Namun, ada hikmah di sebalik kejadian.

Sony kini menjadi satu-satunya "penumpang" yang terselamat daripada tragedi terhempas pesawat Lion Air JT-610. Lagi 189 penumpang termasuk krew kapal semuanya disahkan maut.

Selepas mendapat tahu pesawat penerbangannya jatuh terhempas, Sony berasa sangat bersyukur dan menangis sehingga lemas

Image via AFP

Sony Setiawan tidak henti-henti mengucapkan syukur kerana tersangkut dalam kesesakan lalu lintas sehingga menyebabkannya terlewat 10 minit dan terlepas untuk menaiki pesawat terbabit.

"Saya lemas sehingga menangis, inilah jalan dan takdir Allah buat saya untuk memperbaiki diri. Saya tahu saya akan terlambat, jadi saya beli tiket penerbangan Sriwijaya Air pada pukul 9.40 pagi kerana kesesakan lalu lintas tadi (pagi semalam) sangat teruk," kata Sony.

Sony turut berasa amat sedih kerana enam rakannya yang menaiki pesawat Lion Air JT-610 semuanya terkorban

"Saya sepatutnya ikut bersama enam rakan saya yang menjadi penumpang pesawat Lion Air tersebut. Tetapi disebabkan terlambat, saya terpaksa ikut penerbangan seterusnya ke Pangkal Pinang," katanya lagi.

Menurut Sony lagi, kesesakan pada pagi itu amat luar biasa dan tidak seperti selalu

Sony yang tinggal di Bandung berkata dia tidak pernah terlewat dalam mana-mana penerbangannya sebelum ini.

Image via tstatic.net

"Rumah saya di Bandung dan setiap minggu saya akan pulang. Setiap Isnin juga saya akan naik pesawat Lion Air pada pukul 6.10 pagi.

"Biasanya, saya bertolak dari Bandung pada pukul 11 malam dan tiba di terminal 1 B Jakarta sekitar jam 3 pagi. Tetapi kesesakan amat luar biasa pagi tadi di Cikampek dan saya hanya tiba di lapangan terbang pada jam 6.20 pagi ketika pesawat sudah berlepas," ujar Sony lagi.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca rangkuman penuh DI BAWAH:

You may be interested in: