seismik

Penyamun Bijak Minta Mangsa Matikan iCloud Dan Sembur 'Perfume' Sebelum Mencuri

Mereka sekeluarga diikat.

Cover image via SAYS

Dua hari lalu, satu kejadian samun telah berlaku di Taman Gau Makmur, Temerloh yang mana tiga penyamun memecah masuk rumah mangsa meminta mangsa mematikan fungsi aplikasi iCloud pada telefon pintar iPhone yang dicuri sebelum melarikan diri

Mangsa, Rahizah Ramli, 51, berkata, dia terjaga dari tidur pada kira-kira jam 3.30 pagi dan sambung semula tidur di ruang tamu tetapi mukanya ditekup secara tiba-tiba dan tiga lelaki bertopeng menyuruhnya diam sambil mengacukan parang di leher.

“Mereka bawa saya ke dalam bilik dan mengejutkan suami, kami diikat dengan dawai pagar dan mereka menggeledah barang kemas di atas meja dan almari.

“Kemudian masuk ke dalam bilik anak mengambil wang tunai dan mengikat kaki serta tangan anak saya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya.

sinarharian.com.my

Nur Azmina menunjukkan kesan umpil pada jeriji besi dan pintu dapur rumah ibu bapanya.

Image via www.sinarharian.com

Suspek yang dipercayai warganegara Indonesia itu meminta mangsa memberikan mereka pewangi badan yang dipercayai digunakan untuk menghilangkan jejak mereka

Suspek dilaporkan memecah masuk rumah mangsa melalui pintu dapur dan melarikan wang tunai sehingga RM800 serta barangan kemas bernilai RM20,000.

Manakala anak mangsa Nur Azmina Jamaluddin Alias, 22, memberitahu bahawa dia langsung tidak menyedari kehadiran ketiga-tiga perompak itu sehingga mereka masuk ke biliknya.

"Mereka suruh saya diam dan selongkar barang."

“Mereka tak ambil komputer riba tetapi ambil iPhone dan suruh saya mematikan aplikasi iCloud,” katanya.

sinarharian.com.my

Berdasarkan permintaan itu, suspek dikatakan mempunyai kemahiran kerana meminta mangsa mematikan aplikasi iCloud supaya mengelakkan diri daripada dijejak oleh pihak polis dengan mudah.

Jamaluddin Alias Abdul Majid 55, melaporkan dia bersama serta dua lagi anaknya diikat. Bagaimanapun, anak bongsunya berjaya melepaskan ikatan sendiri dan membantu mereka sebaik sahaja penyamun tersebut melarikan diri.

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Sebelum ini seorang wanita tua disamun dan ditetak:

You may be interested in: