6 Perasaan Yang Akan Kau Rasa Bila Habis Cuti Balik Kampung

Menusuk kalbu bagai ditusuk sembilu.

  • Cover image via SAYS

"Ho ho ho balik kampuuunnggg. Ho ho ho balik kampuuunnggg. Ho ho ho balik kampuuunnggg. Hati giraaaannngggg"

"Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti"

Setiap kali balik kampung, memang lagu inilah yang sering sekali terngiang-ngiang di dalam kepala kita. Rentak lagunya yang evergreen cukup sesuai menggambarkan perasaan seronok apabila dapat pulang ke kampung halaman.

Namun, dalam berseronok, kita juga mesti pernah dengar pepatah Mat Salleh yang berbunyi 'all good things must come to an end' bukan?

Pepatah di atas bermaksud 'segala perkara baik pasti ada pengakhirannya.' Sama juga macam balik kampung.

Tak kisahlah sama ada musim perayaan atau tidak, perasaan balik kampung tu memang best.

Tapi paling tak best bila nak kena pulang semula ke rumah dan meninggalkan kampung halaman. Macam-macam perasaan yang dapat kita rasa masa tu.

Image via buzzfed.com

Apa agaknya yang kita selalu rasa setiap kali habis cuti balik kampung? Mungkin 6 perasaan ini ada berkait rapat dengan kita semua:

1. Kita rasa cuti macam cepat sangat habis

Image via mashable.com

Yang mana kampung jauh dengan rumah, kalau nak balik dan stay dua hari satu malam masa weekend saja memang rasa tak berbaloi. Sekurang-kurangnya kena tinggal di kampung selama tiga hari. Baru cukup.

Tapi hakikatnya, sebanyak mana pun cuti yang kita ambil, kita tetap tak akan rasa puas tinggal di kampung. Masa berlalu terlalu pantas. Sedar tak sedar cuti pun dah habis.

2. Sedih sebab bukan hanya kampung yang ditinggal, tetapi ibu bapa juga

Meninggalkan ibu bapa di kampung sememangnya satu perasaan yang paling sukar untuk kita hadapi. Kalau ikutkan hati, lebih baik tinggal dengan ibu bapa saja di kampung. Tetapi demi kelangsungan hidup dan mengejar cita-cita, karier tetap harus diutamakan.

Sekali sekala dapat balik kampung menatap wajah ayah bonda memang seronok. Tapi bila nak balik semula ke rumah, perasaan hiba mula menerjah. Untunglah kepada sesiapa yang rumah dekat dengan kampung. Hari-hari pun boleh pergi melawat ibu bapa.

Apa-apa pun, life must go on.

3. "Nak sambung cuti lagi boleh tak? Sehari pun jadilah."

Image via giphy.com

Tiba masanya kita cari alasan untuk tak pergi kerja! Alasan apa yang kita nak bagi pada bos ya? :P

Jujur sajalah, setiap orang mesti pernah rasa macam nak ponteng kerja. Betul tak? Kan best kalau dapat extend cuti dan tak payah masuk kerja ke pejabat. Bukan selalu dapat balik kampung jumpa mak ayah.

Masa ni mulalah rasa tak ada mood nak buat segala benda. Kerja pun jadi bertangguh, buat kerja tapi otak masih fikir benda lain, lebih suka memalaskan diri di rumah, dan sebagainya. MUST FIND EXCUSES!

4. "Alamak, dah start kerja balik."

Image via giphy.com

Kerja, kerja, kerja.

Same old routine is back. Kena menghadap semula trafik sesak setiap pagi masa pergi kerja dan setiap petang masa balik kerja. Alangkah indahnya suasana aman damai di kampung. Jalan clear tak banyak kereta, bangunan pun tak banyak, persekitaran pula segar dan tak tercemar.

Tiba-tiba rasa macam nak balik semula ke kampung. Dan kalau boleh, kerja kat kampung terus.

5. "Kan bagus kalau mak ayah dapat ikut balik sekali."

Image via giphy.com

Daripada tinggalkan ibu bapa di kampung, lebih baik kalau mereka dapat duduk sekali bersama kita di bandar. Selalunya, kita yang akan balik ke kampung untuk jumpa mereka. Tapi tak salah kalau mereka pula datang ke bandar kan.

Jarak yang jauh tidak lagi menjadi masalah. Tak semestinya kena drive sebab sekarang dah ada banyak penerbangan domestik. Contohnya AirAsia yang mempunyai rangkaian luas untuk penerbangan dalam negara. Urusan balik kampung kini lebih mudah.

6. Mula berkira-kira pasal trafik. Sama ada jalan jammed atau tak, terpaksa juga redah.

Image via savemoney.my

Ini yang paling tak best. Trafik di Malaysia kadang-kadang memang unpredictable. Kita rasa jalan tak sesak, tapi apa-apa pun boleh terjadi. Kalau berlaku satu kemalangan jalan raya, mesti trafik akan merangkak.

Tapi ingat, apa yang paling penting ialah ahli keluarga semua selamat sampai ke destinasi yang dituju. Walau tersangkut dalam kesesakan jalan raya sekalipun, ukirkan saja senyuman agar tak stress.

AirAsia tahu salah satu kebahagiaan dalam hidup adalah dapat balik kampung setiap kali anda rasa nak balik pada bila-bila masa

Dengan rangkaian dan frekuensi AirAsia, kebebasan untuk terbang pulang ke kampung pasti dapat menjalin hubungan yang lebih mesra bersama ahli keluarga tercinta.

Tak semestinya anda kena pulang ke kampung. Dengan AirAsia, tiada masalah juga buat ibu bapa untuk travel bagi bertemu dengan ahli keluarga yang lain.

Frekuensi penerbangan domestik AirAsia dari Kuala Lumpur:

KL - Langkawi : 77x seminggu
KL - Kota Bharu : 49x seminggu
KL - Pulau Pinang : 77x seminggu
KL - Sabah : 70x seminggu
KL - Kuching : 84x seminggu

Untuk senarai destinasi penuh, layari AirAsia.com

Image via AirAsia

Leave a comment