seismik

“Mak Nanti Kita Bual Lagi, Ada Tugas Sikit” - Perbualan Terakhir Anggota Bomba Bersama Ibu

Mangsa yang dikenali sebagai Allahyarham Yahya Ali, 24, sempat menghubungi ibunya untuk meminta restu sebelum pergi buat selamanya.

Cover image via Google

Kejadian tentang enam orang anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) yang lemas dan maut malam tadi telah tersebar luas di media sosial bermula pagi ini

Laporan juga telah mengesahkan keenam-enam mangsa yang terlibat telah meninggal dunia sejurus dinaikkan ke atas darat. Namun begitu, remaja lelaki yang lemas pada mulanya masih belum ditemui oleh pihak bomba sehingga kini.

Tempat kejadian iaitu di lombong, Taman Putra Perdana, Puchong.

Image via says.com

Anggota bomba yang terbabit dalam operasi ini adalah, Mohd Fatah Hashim, 34; Izzatul Akma Wan Ibrahim, 32 ; Mazlan Omar Baki, 25 dan Yahya Ali, 24 dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang. Manakala, dua lagi anggota bomba yang meninggal dunia dari BBP Shah Alam iaitu Adnan Othman, 33 dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25.

Ibu kepada mangsa yang paling muda dalam pasukan itu iaitu Yahya Ali, 24, berkata anaknya sempat menghubunginya untuk meminta restu sebelum pergi menjalankan tugas

Ibunya Halimah, 42 bersama bapanya, Ali Bengang, 53, dikatakan telah menerima berita kematian anaknya itu dengan reda dan tenang. Paling menyedihkan apabila dia menjelaskan bahawa kejadian itu berlaku ketika adik-adik Allayarham yang lain sedang menjalani peperiksaan penting di sekolah.

Menurut laporan, ibunya turut menjelaskan bahawa, “Hampir setiap hari dia menelefon bertanya khabar kami sekeluarga, begitu juga perkembangan pelajaran adik-adiknya. Malah, setiap kali selepas operasi dia pasti akan memaklumkan perkembangannya kepada saya."

Allahyarham Yahya Ali.

Image via Kosmo

Kata-kata terakhir dari arwah adalah, "Mak, nanti kita berbual lagi, saya ada tugasan sikit.."

Namun begitu, ibu mangsa masih menunggu panggilan dari mangsa. Sehingga malam tadi beliau dihubungi dan menerima perkhabaran bahawa anaknya adalah salah seorang mangsa yang terkorban ketika bertugas.

Allahyarham merupakan anak sulung daripada empat beradik dan merupakan harapan keluarga

Menurut ibunya, Allahyarham sememangnya memang bercita-cita untuk menjadi seorang anggota bomba sejak dari sekolah rendah kerana niatnya mahu membantu masyarakat. Beliau juga begitu gembira ketika dapat menyarungkan pakaian seragam bomba.

Kali terakhir arwah pulang ke kampung adalah pada 21 Julai yang lalu untuk menghadiri majlis perkahwinan saudaranya. Namun, tiada perubahan yang ditunjukkan olehnya.

“Sebagai insan biasa, kita tidak dapat menolak ketentuan Illahi... apa pun, kami sekeluarga berasa amat sedih kerana kehilangan insan yang kami sayang buat selama-lamanya,” tambah ibunya lagi.

Allahyarham Yahya Ali bertugas sebagai anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berpangkalan di Klang.

Selamat malam, Hero Rakyat Malaysia

Image via Facebook

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Berita mengenai enam anggota bomba yang gugur ketika misi mencari dan menyelamat mangsa lemas:

You may be interested in: