seismik

6 Anggota Bomba Maut Dalam Misi Mencari & Menyelamat Mangsa Lemas Di Puchong

Kejadian dikatakan berlaku di Taman Putra Perdana, Puchong, malam tadi.

Cover image via Noh Omar / Facebook

Seramai enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) telah lemas dalam operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki yang dipercayai terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana, malam tadi.

Menurut laporan, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Azmi Osman berkata, ketika kejadian, keenam-enam anggota berkenaan telah berjaya dinaikkan ke darat namun disahkan meninggal dunia.

“Sewaktu operasi pencarian melibatkan seorang lelaki terjatuh ke dalam lombong, terdapat enam orang pegawai bomba PPDA lemas ketika menjalankan operasi pencarian.

"Bagaimanapun, mangsa remaja lelaki yang terjatuh masih belum ditemui," katanya.

Image via Sinar Harian

Sebelum kejadian, jurucakap Bomba Selangor mengatakan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian lemas membabitkan seorang remaja lelaki pada jam 5:19 petang, semalam

“Seramai 10 anggota bersama dua jentera dari BBP Cyberjaya dan Shah Alam dikerahkan ke lokasi kejadian selain dibantu beberapa anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Shah Alam dan BBP Pelabuhan Klang.

Lombong di Taman Putra Perdana, Puchong.

Image via Facebook

Keenam-enam mangsa telah dikenalpasti:

Anggota terbabit: Mohd Fatah Hashim, 34; Izzatul Akma Wan Ibrahim, 32 ; Mazlan Omar Baki, 25 dan Yahya Ali, 24 dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang. Manakala, dua lagi anggota bomba yang meninggal dunia dari BBP Shah Alam iaitu Adnan Othman, 33 dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25.

Image via Facebook

Penghormatan terakhir telah diberikan buat 6 anggota bomba yang gugur dalam misi mencari dan menyelamat mangsa lemas tersebut Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 15, Shah Alam

Al-Fatihah buat semua mangsa yang terlibat. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Amin.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Berita terkini hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: