seismik

"Abg Minta Maaf" - Hanya 3 Kali Bertemu Isteri Selepas Nikah, Suami Pergi Untuk Selamanya

Mungkin jodoh tidak panjang. Sedihnya...

Cover image via Harian Metro

Pemergian orang yang dicintai sememangnya perit untuk ditelan. Apatah lagi jika insan itu merupakan seorang yang bakal membimbing kita di dunia dan di akhirat.

Seperti kisah seorang wanita yang dikenali sebagai Che Siti Ainsyah Che Mahmud yang berusia 21 tahun, telah kehilangan suami yang baru sahaja 3 kali bertemu selepas hari pernikahan mereka.

Memang perit untuk ditelan, namun mungkin ada hikmah di sebalik kejadian yang menimpanya. Bukan itu sahaja, Ain juga menjelaskan bahawa suaminya itu kerap meminta maaf seminggu sebelum kejadian itu berlaku.

Seolah-olah suaminya itu tahu bahawa jodoh mereka tidak panjang.

Che Siti Ainsyah Che Mahmud.

Image via Che Siti Ainsyah Ida / Facebook

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Harian Metro, suami Ain iaitu Mohd Zulfaiz meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik ketika melakukan kerja membaiki kotak fius elektrik di Teluk Kumbar, Pulau Pinang pada 21 September yang lalu.

Selepas itu, arwah dikatakan telah terlantar di Hospital Pulau Pinang (HPP) kerana tubuhnya telah rentung 80 peratus selepas kejadian tersebut.

Ain tidak menyangka sikap suaminya yang sering memohon maaf itu adalah salah satu petanda bahawa jodoh mereka tidak berpanjangan

Ain juga telah menjelaskan bahawa perkahwinan mereka telah diatur oleh keluarga masing-masing dan mereka berdua hanya bertemu buat kali pertamanya pada majlis akad nikah di rumah keluarganya di Gua Musang, Kelantan pada tarikh 25 Ogos yang lalu.

Tambah Ain lagi, “Selepas majlis, suami sempat tinggal bersama keluarga saya selama tiga hari di Kelantan sebelum pulang ke Kuala Lumpur kerana bekerja sebagai penjaga jentera elektrik.

“Saya tidak mengikutnya kerana sedang membuat persiapan kenduri bagi pihak keluarga suami di Kedah pada 13 Oktober ini, namun hajat kami tidak kesampaian,” katanya.

Ain walau bagaimanapun reda dengan apa yang berlaku dan bersyukur dapat menjaga suaminya sepanjang dirawat di Hospital Pulau Pinang

Ain bersyukur kerana dia masih diberikan peluang untuk menjaga suaminya dan berada di samping arwah sehingga menghembuskan nafas yang terakhir.

Menurutnya, kali kedua dia bertemu dengan arwah adalah di HPP dan ketika itu arwah sudah tidak sedarkan diri akibat kecederaan parah.

“Ketika suami nazak semalam, saya sempat mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah dan membantu menguruskan jenazahnya. Cuma saya terkilan tidak sempat melakukan tugas seorang isteri kepadanya sahaja,” tambah Ain yang sangat sebak dengan apa yang terjadi.

Paling sedih, dia dan arwah suami baru sahaja bercinta dan mula untuk mengenali hati budi masing-masing melalui telefon selepas bernikah.

Ain juga turut memuat naik video pernikahannya dengan suami di laman Facebook miliknya:

‎بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ ١؅ 25/08/18-25/09/19 Alhamdullilah Abg.. genaplah sebulan ikatan kita bertaut suci kerana ALLAH SWT.. 13/10/18 majlis bertandang... 21/09/18 kali kedua selepas kahwin baru dapat tengok abg..betapa terkejut sayunya saat itu abg terlantar berbalut disitu.. Yakinlah sayang Allah itu ada bersama kita.. Betapa bertuahnya sy memiliki suami seperti abg.. Saat ini kita diuji Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.. Sabar dan kuatlah abg ainsyah ada disini..sihatlah syg.. Siapapun abg..sy akn jaga abg... Abg.. Ainsyah harap abg kuat sentiasa..walauapapun terjadi ainsyah akan jaga abg...kami akn sentiasa doakn y terbaik utk abg.. Mampukah ainsyah menjadi seperti Siti Khatijah? Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah Penawar hati kekasih Allah Susah dan senang rela bersama… Abg.. Tabahkah jiwa ainsyah?? Setabah umi Nabi Ismail Mengendong bayinya yang masih merah Mencari air penghilang dahaga Di terik padang pasir merak Ditinggalkan suami akur tanpa bantah Pengharapannya hanya pada Allah Itulah wanita Siti Hajar…. Abg saat ini sy hanya dapat memegang abg berlapikkn kain2 putih... Abg saat ini sy hanya dapat menutur bait2 syahadah أشهد أن لا إله إلا ألله وأشهد أن محمدا رسول الله .................... #k

Posted by Che Siti Ainsyah Ida on Monday, September 24, 2018

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Perkongsian lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: