seismik

Warga Emas Maut Sejurus Turun Dari Bas Di Kuantan, Pemandu Bas Digantung Kerja

Pemandu bas digantung tugas buat sementara waktu bagi membantu siasatan.

Cover image via Facebook

Berita tentang kematian seorang warga emas berusia 71 tahun telah tular di media sosial. Kejadian tersebut telah berlaku di Beserah, Kuantan.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi, 1 Oktober yang lalu, seorang warga emas yang dikenali sebagai Mek Teh Dagang dipercayai telah terjatuh ketika turun dari bas henti-henti di Kuantan-Kemaman.

Kejadian tersebut juga telah menyebabkan mangsa mengalami kecederaan kepala yang agak serius. Menurut laporan, Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Noor Yusof Ali berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada anak saudara mangsa pada 9.30 pagi.

Image via Facebook

Beliau juga berkata, "Semasa pihak kami tiba di lokasi, mangsa dilihat terbaring dan mengalami kecederaan pada bahagian kepala.

"Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian."

Image via Facebook

Hasil bedah siasat menyatakan bahawa mangsa meninggal dunia disebabkan berlakunya pendarahan di bahagian kepala akibat terjatuh ke dalam longkang

Kes ini juga telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Selain itu, jenazah mangsa juga telah dituntut oleh ahli keluarga dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Pasir Putih Kampung Baru Beserah, pada petang 1 Oktober.

Selain itu, pemandu bas Rapid Kuantan telah digantung tugas bagi membantu siasatan mengenai kejadian ini

Rapid Kuantan juga turut menyuarakan rasa kesal dengan kejadian yang berlaku dan telah mengambil langkah menggantung sementara tugas pemandu bas tersebut untuk membantu polis melakukan siasatan lanjut berhubung kes ini.

Pengurusan Rapid Kuantan juga menjelaskan sedia memberikan kerjasama yang penuh kepada pihak polis.

Image via Berita Harian

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Berita terkini hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: