seismik

[VIDEO] Konon Nak 'Prank' Masukkan Budak Dalam Mesin Basuh, Tiba-Tiba Malang Menimpa

Bahayanya!

Cover image via Metafora Anafora / Facebook

Gurauan melampau seorang lelaki berusia 20-an telah menyebabkan seorang kanak-kanak lelaki terperangkap hampir 10 minit di dalam mesin basuh yang tidak boleh dibuka

Video kejadian itu turut memaparkan seorang kanak-kanak lelaki dikatakan telah terperangkap di dalam sebuah mesin basuh di kedai dobi layan diri selepas dimasukkan sendiri oleh bapa saudaranya yang pada mulanya hanya ingin 'bergurau.'

Menurut laporan, kejadian telah berlaku di sebuah dobi layan diri di Bukit Sentosa, Rawang malam tadi.

Kanak-kanak lelaki tersebut telah terperangkap selama 10 minit dan kejadian itu langsung tidak disedari oleh ibu kanak-kanak berkenaan.

Bukan setakat itu sahaja, gurauan itu bertukar menjadi padah apabila pintu mesin basuh berkenaan tidak dapat dibuka dan menyebabkan kanak-kanak itu terperangkap.

Beberapa individu yang dikenali sebagai pekerja restoran mamak bersebelahan turut datang untuk membantu membuka pintu mesin basuh berkenaan

Mereka juga turut memecahkan pintu cermin mesin basuh berkenaan selepas usaha mereka untuk membuka pintu mesin basuh tidak berjaya.

Menurut kenyataan pemilik dobi berkenaan iaitu Hazmal Hassan, berkata ada menerima panggilan daripada bapa kanak-kanak berkenaan yang telah menghubungi pengurusnya sendiri bagi menyelesaikan masalah dan juga ganti rugi yang perlu ditanggung.

Hazmal berkata, "Berdasarkan maklumat yang saya terima, kanak-kanak itu bergurau dengan bapa saudaranya yang berusia lingkungan umur 20-an.

"Secara tiba-tiba, lelaki itu memasukkan kanak-kanak itu ke dalam mesin basuh sebelum pintu mesin terkunci dan tidak dapat dibuka," katanya lagi.

Pintu mesin basuh itu lazimnya akan terkunci secara AUTOMATIK apabila dimasukkan wang syiling dan apabila butang 'mula' ditekan

Namun, Hazmal menjelaskan bahawa dia tidak tahu bagaimana kejadian ini boleh berlaku. Dia juga menyuarakan kerugian yang perlu ditanggung berjumlah hampir RM3,000 dan juga nyawa seorang kanak-kanak yang hampir melayang.

Menurutnya lagi, kanak-kanak itu bernasib baik kerana mesin basuh berkenaan tidak sempat berputar, mungkin kerana terlebih muatan.

Berikutan kejadian yang telah berlaku, Hazmal juga telah membuat satu laporan polis agar tindakan serta siasatan lanjut akan dijalankan kerana ianya telah mengancam nyawa kanak-kanak berkenaan.

Tonton video berdurasi dua minit 46 saat yang viral di media sosial yang memaparkan beberapa individu yang cuba untuk menyelamatkan kanak-kanak berkenaan:

Sumbat Anak Dalam Mesin Basuh Dobi

Kejadian Sumbat Anak Dalam Mesin Basuh Dobi Layan Diri. Asalnya Nak Bergurau TAPI bertukar tragedi sebab mesin basuh tak boleh buka. Harap anda jangan buat macam ni. Nak bergurau pun kena ada batasnya. Terima kasih kepada staff Restoran Salam di sebelah Dobi yang membantu mengeluarkan anak kecil tu. Lokasi: Laundrybar Taman Bukit Sentosa

Posted by Metafora Anafora on Monday, October 1, 2018

Reaksi masyarakat juga dikatakan turut 'berang' dan sangat marah dengan tindakan pemuda itu:

Hati-hati apabila bergurau. Jangan sampai menyebabkan nyawa seseorang melayang kerana tindakan yang tidak berfaedah.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Berita terkini hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: