[VIDEO] Punca Sebenar Wanita Mengamuk Pukul Pakai 'Steering Lock'. Siapa Yang Salah?
Tak mungkin seseorang boleh mengamuk kalau tak ada sebab.
Kami pasti segelintir anda sudah pun melihat video wanita mengamuk yang menjadi viral sejak beberapa hari lalu di bawah ini bukan?
Wanita ini didapati memukul bahagian depan kereta si perakam video dengan steering lock kerana terlalu marah. Aksinya yang dianggap ganas itu mendapat perhatian meluas di laman sosial.
Seperti yang dijangka, muncul keyboard warriors yang terlalu rajin untuk memberi komen tetapi terlalu malas untuk menyiasat apa sebenarnya yang berlaku. Macam-macam komen pedas ditujukan kepada wanita terbabit.
Kenapa wanita itu mengamuk sampai begitu sekali?
Menurut orang ramai, parking reserved milik wanita itu telah diambil oleh seorang lelaki, dan lelaki itu enggan memberinya kembali. Selain itu, lelaki tersebut turut berlaku kasar dan memukul bapa kepada wanita itu.
Wanita berkenaan kemudian tampil memberi keterangan penuh tentang insiden itu di Facebook. Dia mendakwa, lelaki terbabit tidak sepatutnya mengambil tempat parking berdaftar milikya pada hari bekerja.
Lelaki itu enggan keluar lalu mengundurkan kereta sehingga melanggar kenderaan wanita tersebut beberapa kali.
Dia turut bertindak kasar dengan menolak bapa kepada wanita itu sehingga lengannya berlaga dengan cermin sisi sehingga tercedera.
Sebelum perkara lebih buruk berlaku, wanita tersebut mengambil keputusan untuk menghubungi pihak berkuasa. Tetapi dia kecewa kerana tiada apa-apa tindakan yang diambil.
Tambahan lagi, lelaki terbabit dikatakan pernah ditahan polis sebelum ini atas kesalahan berkaitan dadah. Malah, dia turut mengaku mengambil minuman keras pada malam sebelum kejadian. Walau bagaimanapun, dia hanya didenda RM20.
Namun begitu, seorang netizen yang dipercayai rakan kepada lelaki berkenaan mendakwa di Facebook bahawa sebenarnya lelaki itu sudah pun memohon maaf dan tidak mahu memburukkan lagi keadaan
Tetapi ramai yang menganggap perkara ini tak akan berlaku jika bukan kerana lelaki terbabit mengambil parking berdaftar milik wanita berkenaan
Ramai yang berkata kes ini mengingatkan mereka kembali kepada kes Kiki yang begitu meletup tahun lalu:
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!