Khas Buat ’90’s Kids’, Bandai Keluarkan Edisi Terbaru Tamagotchi Selepas 21 Tahun
Kini dengan 6 versi baru.
Kalau zaman kecil-kecil dulu anda tidak berjaya untuk mendapatkan Tamagotchi, jangan risau kerana kini anda berpeluang untuk mendapatkannya!
Ingatkah lagi zaman dulu, permainan seperti Pokemon dan Digimon adalah permainan yang sering anda main untuk mengisi masa lapang. Jika anda salah seorang 90’s kids, mesti anda sudah biasa dengar tentang permainan ini yang dikenali dengan nama Tamagotchi.
Tamagotchi merupakan sebuat alat permainan kecil yang memberi anda peluang untuk membela haiwan peliharaan yang sungguh comel secara virtual. Permainan ini telah direka oleh sebuah syarikat permainan Jepun, Bandai pada tahun 1996.
Berita yang mengujakan buat semua ialah Syarikat Bandai bakal mengeluarkan kembali model ini dengan pemilihan 6 warna klasik mereka
Setelah 2 dekad berada di pasaran, Tamagotchi masih lagi mempunyai peminat mereka yang tersendiri. Bukan itu saja, ramai antara mereka yang masih mendapatkan alat permainan ini secara online melalui Amazon.
Disebabkan itu, Syarikat Bandai telah mengambil keputusan untuk mengeluarkan semula model ini di pasaran dengan pemilihan 6 warna klasik mereka.
Jangan terkejut tetapi di Amazon, model ini dijual dengan harga sebanyak $129.50 (RM574.14). Walaupun harga yang dijual tidak masuk akal, namun masih ramai antara mereka yang masih membelinya.
Berita keluaran semula model ini di pasaran membuat ramai peminat teruja dan tidak sabar untuk mendapatkannya. Lebih menarik lagi, model ini bakal dijual dengan harga lebih rendah berbanding 21 tahun yang lepas iaitu dengan harga runcit sebanyak $13.55 (RM60.07).
Menarik lagi tentang edisi baru ini ialah saiz dan beberapa fungsinya akan diperbaharui
Salah satu feature yang berbeza mengenai edisi terbaru Tamagotchi ini ialah saiznya yang dikecilkan. Bukan itu saja, dikatakan juga beberapa watak dan fungsi permainan ini akan diperkenalkan juga.
Setakat ini, versi terbaru Tamagotchi ini hanya boleh didapati di Jepun dan Amazon Japan sahaja.
Jika anda seorang peminat Tamagotchi, mungkin ini boleh menjadi satu alasan untuk anda ke Jepun. Tapi, kalau tak cukup bajet ataupun kesuntukan masa, kirim sahajalah pada rakan anda yang mungkin akan melawat ke Jepun dalam masa terdekat.