Milo DIY Dan 9 Lagi Perkara Hanya Pelajar Yang Tinggal Di Asrama Saja Faham
Untuk kita-kita aja!
#Asramalife adalah memori yang terbaik. Dulu masa baru masuk memang tak boleh lari dari homesick. Tapi sekarang bila dah keluar asrama, rasa macam nak masuk balik.
Bila tanya semua bekas pelajar asrama, mesti tak boleh lupa segala memori dan pengalaman sewaktu di asrama dulu. Kali pertama tinggalkan rumah dan duduk jauh dari ibu dan ayah memang hati akan rasa berat tapi bila dah jadi senior dekat asrama, korang lah yang paling malas nak balik rumah masa cuti. Setuju tak?
Memang tak dinafikan, kehidupan di asrama adalah antara yang paling seronok sekali. Waktu ini, anda akan menimba pelbagai pengalaman baru yang mencabar. Dari tidur sehinggalah mandi, semua buat bersama kawan-kawan. Memang tipulah kalau korang tak enjoy hidup di asrama!
Tak kiralah apa jenis asrama mana pun yang korang pernah masuk, pengalaman mesti lebih kurang sama. Antaranya ialah:
1. Masak maggi dalam baldi
Tak ada mangkuk, tak apa baldi pun dah cukup. Kes ini selalunya berlaku dalam kalangan pelajar lelaki. Iya lah, selera makan besar lah katakan.
2. Tengok movie ramai-ramai, mesti cerita hantu
Tak best lah kalau duduk dekat asrama tak layan cerita hantu kan? Setiap kali hujung minggu, mesti ada sorang antara kawan korang yang buka laptop konon nak buat kerja kan. Tapi bila dah buka, bukan kerja yang dibuat tapi cerita hantu pula yang dipasang.
3. Tidur secara berjemaah
Perkara ini memang rutin wajib dalam kalangan pelajar asrama. Setiap kali masuk kelas aja, mesti semua pakat ramai-ramai landing atas meja sampai lah cikgu sampai. Yang paling best bila cikgu tak masuk kelas langsung!
4. Lights off paling dibenci semua orang
Setiap kali bila MPP jerit lights off mesti semua pelajar mengeluh, "Baru pukul sepuluh, awal lagi lah". Tapi kalau tak tutup nanti mesti satu dorm kena denda.
5. Setiap kali angkat baju lambat, mesti hilang
Pelik tapi benar! Tak tahulah kenapa perkara ini sering berlaku, lagi-lagi bila hilang baju/seluar dalam.
6. "Korang, malam ni ada spotcheck lah!"
Siapa yang rapat dengan MPP mesti selalu dapat info lebih awal kan. Untuk yang pakar sorok barang tu memang tak ada masalah, tapi untuk korang yang newbie tu good luck ajalah ya!
7. Sesi outing paling best tapi bosan sebab banyak sangat syarat
Setiap kali outing mesti korang excited kan? Tapi bila banyak sangat terma dan syarat, terus hilang mood nak keluar. Ingat ya, tak boleh lambat, kena ada kad outing dan yang paling penting kena pakai baju outing!
8. Hobi paling best waktu bosan: INTAI!
Khas untuk korang yang tak ada kerja nak buat waktu riadah. Tak kira lah perempuan atau lelaki masing-masing suka melakukan aktiviti intai ini sama ada secara berjemaah ataupun bersendirian.
9. Snek DIY paling sedap!
Kalau dekat asrama, stok makanan memang cepat habis. Tapi itu tak jadi masalah bagi pelajar asrama yang kreatif. Serbuk Milo 3 In 1 ini memang popular antara semua penghuni asrama!
10. Stay up sampai lebam
Tak kisah lah hari sekolah atau pun hari minggu, kalau boleh setiap malam nak stay up. Bukannya sebab nak study sangat pun, lebihnya sebab nak gosip aja!