seismik

5 Sebab 'Awesome' Mengapa Oceansation 2016 Adalah Festival Yang Wajib Anda Pergi Tahun Ini

Lepas baca mesti nak pergi punya!

Cover image via www.oceansationfestival.com

Pada 30 April hingga 2 Mei 2016, bertempat di Teluk Keke, Pulau Perhentian, Terengganu bakal berlangsungnya satu festival perkhemahan pantai secara besar-besaran yang dinamakan Oceansation Festival 2016

Festival yang bakal berlangsung selama 3 hari 2 malam ini dijalankan adalah untuk mengubah persepsi orang ramai terhadap outdoor festival dan misi tunggalnya adalah untuk mengubah cara berpesta masyarakat Malaysia dengan mengetengahkan unsur-unsur positif yang dianggap penting kepada generasi muda.

Pesta ini bertujuan untuk memberi inspirasi kepada orang ramai dan berteraskan kepada 4 perkara. Pertama, Celebrating Life melalui konsep yang inovatif dan kontemporari. Celebrating Unity melalui penerimaan variasi budaya yang berbeza. Celebrating Talent dengan menerima perkara baru yang diilhamkan oleh masyarakat di seluruh dunia dan Celebrating Nature dengan cara memelihara dan memulihara alam semulajadi.

Sebenarnya, festival ini adalah anjuran daripada badan NGO yang dikenali sebagai The Nomad Nation iaitu sekumpulan remaja yang menggemari aktiviti pengembaraan dan aktiviti outdoor yang telah ditubuhkan sejak tahun 2015.

Jadi, apakah yang menarik sangat tentang Oceansation Festival 2016 ini?

1. Festival yang menggabungkan elemen muzik, seni, pengembaraan dan alam semulajadi

Melalui festival ini anda bakal melalui satu pengalaman yang sangat menarik dan berbeza sama sekali. Gabungan 4 elemen ini pastinya memberikan anda satu definisi baru terhadap beach festival. Buat pengetahuan anda, seramai 300 orang telah terlibat di dalam festival ini pada tahun lepas dan buat tahun ini penyertaan akan bertambah sehingga 500 orang.

Sejak pertama kali ia dianjurkan iaitu pada tahun lepas Oceansation 2016 telah mendapat perhatian oleh seluruh masyarakat di dalam dan luar negara. Festival tahun ini nampaknya lebih best kerana Oceansation 2016 akan membawakan anda pelbagai cabang seni seperti creative arts, persembahan seni (dikir barat, wayang kulit, sape - alat muzik Borneo), sand sculpture dan banyak lagi!

2. Padat dengan permainan dan aktiviti-aktiviti menarik

Pelbagai acara menarik bakal dijalankan. Para peserta akan bermula dengan sesi yoga pada setiap pagi agar mereka lebih bertenaga untuk menjalani aktiviti-aktiviti menarik sepanjang hari. Buat mereka yang gemarkan aktiviti di dalam hutan, aktiviti seperti jungle trekking juga bakal dijalankan.

Lebih mengujakan, aktiviti pantai seperti iceberg, slip n’ slide, slackline, snorkeling, memancing, bola sepak pantai, bola tampar pantai dan beberapa permainan tradisional akan turut dijalankan sepanjang perkhemahan. Nilai-nilai budaya dan perpaduan pastinya dapat disuntik ke dalam diri peserta melalui permainan-permainan tersebut.

3. Membawakan anda Human Launcher buat pertama kalinya di Malaysia

Bagi sesiapa yang pernah menonton filem 'Jackass', pasti anda pernah ternampak Human Launcher yang digunakan di dalam filem tersebut. Kali ini, buat pertama kalinya di Malaysia, Oceansation 2016 bakal membawakan kepada anda Human Lancher iaitu salah satu tarikan terhebat yang ada di sana nanti.

Untuk permainan ini, setiap sesi memerlukan tiga orang untuk bermain. Seorang perlu baring di bahagian hadapan, manakala lagi 2 orang perlu berada di atas platform setinggi 8 meter dan sedia untuk melompat. Mereka yang berada di bahagian depan tersebut berpotensi untuk 'terbang' di udara lebih daripada 6 meter tinggi. Ya, memang tinggi!

4. Menyediakan kemudahan pengangkutan dan berkonsepkan on-site camping

Untuk ke Pulau Perhentian, pihak Oceansation akan menyediakan pengangkutan bot dari jeti Kuala Besut, Terengganu ke lokasi festival. Perkhidmatan bot ini adalah di bawah kendalian syarikat pengangkutan tempatan.

Untuk pengangkutan darat, para peserta juga akan dibekalkan dengan pengangkutan bas dari pusat bandar Kuala Lumpur sehingga ke jeti Kuala Besut, Terengganu. Festival ini berkonsepkan on-site camping yang mana mereka bakal dibekalkan khemah mengikut jenis dan saiz yang diperlukan para peserta.

Acara wajib pada sebelah malam pastinya aktiviti camp fire. Melalui aktiviti ini peserta berpeluang beramah mesra dan saling berkenal-kenalan sesama sendiri . Bayangkanlah bagaimana suasananya nanti apabila berkhemah di tepi pantai seramai 500 orang. Pasti menyeronokkan!

5. Tiga hari dua malam, segalanya ditanggung

Dengan satu tiket, semuanya bakal tersedia. Makanan dan minuman adalah termasuk dengan pembelian tiket. Pelbagai jenis makanan menarik bakal dibekalkan kepada peserta dari sarapan pagi, makan tengah hari termasuklah juga makan malam.

Jangan risau kemudahan seperti tandas dan bilik mandi juga semuanya tersedia cukup untuk semua peserta. Selain itu, The Nomad Nation juga memerlukan banyak volunteer untuk merealisasikan festival terhebat ini. Jadi, jika anda berminat untuk menjadi sebahagian daripada team crew inilah masanya.

Tonton video Oceansation Festival 2015 ini. Memang cool habis!

Oceansation 2016 - Your Labour Day Long Weekend Getaway

Mark your calendar from April 30th to May 2nd, 2016 now! It's going to happen again. Oceansation being the first of its kind youth festival, brings together the elements of camping, music, arts, adventure and nature highlight the breath-taking and picture perfect tranquility of mother nature within Malaysia. A three days festival held in Perhentian Island, Terengganu, Malaysia, is an experience to be a part of and not to be missed. Oceansation creates a platform for the crowds to come together and experience a life-changing trip while sharing moments with their comrades and people all around. So people, let's pitch your tent, relax and enjoy a memorable weekend with friends! Limited festival's tickets are still available and on sale now at www.OceansationFestival.com

Posted by The Nomad Nation on Friday, 18 March 2016

Untuk maklumat lanjut sila layari:

Facebook: The Nomad Nation
Instagram: @thenomadnation
Official Website: www.oceansationfestival.com

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Bagaimana pula dengan Movie Animation Park Studios (MAPS) anda sudah baca mengenainya?

You may be interested in: