seismik

“Dihukum Atas Tujuan Mendidik” - 6 Perkara Perlu Tahu Tentang Hukuman Sebat Di Terengganu

Hukuman sebat yang dikenakan adalah berlandaskan undang-undang negeri Terengganu.

Cover image via Twitter @gokulasivan_

Semalam, 3 September, kecoh di media massa kes dua wanita yang dikenakan hukuman sebat di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu kerana percubaan melakukan hubungan seks sejenis (musahaqah)

Image via NST

Kedua-dua wanita itu ditangkap pada April lalu, gara-gara cuba melakukan musahaqah di dalam kereta pada pukul 1.50 tengahari di Dataran Arena Square, Dungun, Terengganu.

Sebelum ini, Utusan melaporkan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu telah menjatuhkan hukuman denda RM3,300 dan enam sebatan terhadap dua wanita terbabit pada 28 Ogos lalu namun terpaksa ditangguhkan kerana masalah teknikal.

Walau bagaimanapun, hukuman sebat yang dilakukan semalam turut disaksikan kira-kira 100 orang.

Image via NST

Hukuman enam sebatan itu yang telah dibuat oleh dua tukang sebat wanita bertauliah dari Penjara Kajang, Selangor berjalan lancar bermula jam 10 dan berakhir 10.16 pagi.

Hukuman ini merupakan yang pertama kali dibuat di negeri Terengganu.

Isu ini telah mendatangkan pelbagai reaksi daripada netizen yang meluahkan pendapat masing-masing dalam media sosial











Mantan Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin juga tidak terlupa dari meluahkan pendapatnya berkenaan isu ini



Berikut adalah beberapa perkara yang anda perlu tahu tentang hukuman sebat terbabit:

1. Hukuman sebat yang dikenakan adalah berlandaskan undang-undang negeri Terengganu

Kedua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Seksyen 59 (1) enakmen yang sama kerana musahaqah.

2. Pesalah diminta untuk membuat rayuan terlebih dahulu sebelum dikenakan hukuman

Kedua tertuduh diberi peluang untuk membuat rayuan ke atas hukuman sebat itu dalam tempoh 14 hari namun tidak berbuat demikian sehinggalah tempoh tamat.

3. Kaedah sebatan adalah mengikut kaedah Islam yang tidak menyakitkan

Di bawah adalah ringkasan dalam bentuk grafik hukuman sebat yang dikenakan keatas keuda-dua tertuduh:

Image via Harian Metro

Di samping itu, pegawai perubatan turut berada dalam kawasan mahkamah untuk mengesahkan tahap kesihatan tertuduh sekiranya berlaku sebarang kecederaan terhadap tertuduh.

Di bawah adalah contoh video cara pelaksanaan hukuman sebat tersebut:

4. Hukuman tersebut telah disaksikan oleh 100 orang awam

Turut hadir bagi menyaksikan hukuman adalah ahli keluarga pesalah, wakil badan peguam, badan bukan kerajaan (NGO) dan wakil media. Selain itu, turut menyaksikan hukuman itu adalah Yang Dipertuan Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali Pengerusi Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Satiful Bahri Mamat; dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Amzad Hashim.

Image via Malaysia Kini

5. Hukuman itu bukan untuk menyakitkan pesalah tetapi untuk mendidik dan memberi pengajaran

Sebelum perbicaraan, hakim telah menyatakan bahawa hukuman itu bukan untuk menyakitkan pesalah tetapi ia lebih kepada untuk mendidik dan memberi pengajaran kepada pesalah dan masyarakat awam supaya tidak melakukan kesalahan jenayah berkenaan.

Hakim menasihatkan orang awam supaya tidak memandang hina terhadap pesalah dan menasihatkan mereka terbabit insaf dan tidak mengulangi perbuatan itu lagi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa

Image via Penang Kini

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, setiap individu akan diadili mengikut proses dan saluran yang sama sebaik sahaja sesuatu tangkapan itu dilakukan, sama ada individu terbabit adalah dari golongan lesbian, gay atau sebagainya.

"Kepada masyarakat, semua ini tentu dibuat untuk kebaikan. Orang Islam khususnya, sudah tahu mana-mana perkara yang dilarang dan sepatutnya mengambil hal ini sebagai pengajaran.

"Hukuman dalam Islam bukan untuk menyakitkan tetapi lebih kepada pengajaran kepada yang lain-lain supaya kembali kepada fitrah,” katanya seperti yang dilaporkan MalaysiaKini.

6. Negeri Pahang bakal mengikut jejak langkah Terengganu

Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Mohamad Noor Abdul Rani
menyatakan akan mengikut jejak langkah Terengganu dalam melaksanakan hukuman sebat ke atas pesalah lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negeri Pahang.

Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Mohamad Noor Abdul Rani

Image via NST

Beliau berkata, perancangan pelaksanaan hukuman berkenaan memerlukan penelitian lebih mendalam dan perbincangan daripada pihak dan agensi yang terlibat.

"Kita menyokong hukuman kerana ia melambangkan keindahan Islam, tapi masih belum diputuskan lagi.. kita akan melihat perkara (hukuman) itu. 

“Wajar hukuman terhadap LGBT ini dilaksanakan namun mengikut kaedah Islam bagi kita memberi kesederaan kepada golongan tersebut," katanya.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS:

You may be interested in: