seismik

6 Persoalan Yang Selalu Bermain di Fikiran Ibu Bapa Bila Anak Tamat Persekolahan

Nak mudah, menabunglah sejak anak-anak masih kecil.

Cover image via Laman Pak Guru Asan

Bila anak-anak dah nak habis sekolah, mulalah ibu bapa resah gelisah memikirkan masa depan mereka, terutamanya dari segi pelajaran

Image via SMK Pujut Miri

Pendidikan anak-anak adalah amat penting tidak kira di peringkat mana sekali pun. Sejak kecil, ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah tadika, sekolah rendah, dan kemudian sekolah menengah untuk mereka memperoleh pendidikan dan mempelajari kemahiran.

Namun bila anak-anak tamat persekolahan, ada banyak perkara yang perlu difikirkan oleh ibu bapa terutamanya perihal pendidikan tinggi mereka. Apakah perkara yang paling lazim bermain di fikiran ibu bapa?

Kami senaraikan 6 di bawah:

1. Ibu bapa akan bertanya, "What's next?"

Image via wp.com

Konsep persekolahan agak straightforward di mana anak-anak akan dihantar ke tadika, sekolah rendah, dan kemudian sekolah menengah. Fasa selepas sekolah menengah yang selalunya membingungkan dan menjadi tanda tanya buat ibu bapa.

Macam-macam persoalan bermain di minda. Keputusan yang dibuat juga sangat penting dalam menentukan hala tuju hidup anak-anak pada masa hadapan. Tersilap langkah mungkin buruk padahnya.

2. "Kalau anak-anak nak sambung belajar, kat mana yang perlu kita hantar?"

Image via FSI

Lambakan kolej dan universiti tempatan sama ada awam atau swasta bakal menjadi destinasi pembelajaran terbaru buat si anak. Tetapi, bukan mudah untuk memilih bagi menepati citarasa semua pihak.

Ada yang lebih suka untuk berdikari dan duduk jauh dari keluarga, ada juga yang lebih suka melanjutkan pelajaran di kolej terdekat. Ini merupakan salah satu dilema terbesar yang perlu dihadapi oleh ibu bapa dan juga anak. Apa-apa pun, keputusan ada di tangan masing-masing.

3. "Bagaimana pula dengan kos pendidikan?"

Image via gpbhomestay

Kos pendidikan semakin lama semakin naik. Mungkin pilihan sudah pun dibuat. Tetapi bila lihatkan kepada kos yang perlu ditanggung, pelan asal terpaksa ditukar kerana kekangan kewangan. Maklumlah, tak semua ibu bapa mampu membiayai pendidikan anak-anak di peringkat tinggi. Lebih-lebih lagi apabila tidak menabung sejak dari awal.

Akhirnya, anak-anak terpaksa akur memasuki mana-mana kolej atau universiti yang sesuai dengan bajet. Namun, bagi mereka yang mampu dan telah menabung sejak kecil, mungkin masalah ini tidak akan timbul. Sebab itulah kena menabung.

4. Itu baru sambung belajar di dalam Malaysia. Kalau anak nak pergi oversea, lain pula ceritanya.

Image via gipsyrose87

Belajar di luar negara biasanya akan menelan kos yang sangat tinggi. Terdapat beberapa perkara yang perlu ditimbang tara dahulu sebelum membuat keputusan.

Antaranya seperti jarak dengan Malaysia, iklim cuaca, tambang penerbangan, kos yuran universiti, kos sara hidup, kadar tukaran mata wang, kemudahan awam, suasana belajar, faktor keselamatan, akses kepada makanan halal, tempat tinggal, cuti universiti, dan banyak lagi.

Segalanya perlu disenarai dan dipertimbangkan terlebih dahulu sebelum mencapai kata persetujuan. 

5. Bukan mudah untuk dapatkan biasiswa

Image via ehowcdn.com

Lazimnya, pelajar akan memohon biasiswa bagi melanjutkan pelajaran ke luar negara mahupun dalam negara. Namun, dengan saingan masa kini yang semakin sengit, kuota dan peluang untuk mendapatkan biasiswa menjadi semakin terhad. Melainkan jika pelajar itu betul-betul cemerlang.

Soal kewangan pastinya menjadi topik utama dalam memilih untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Tetapi demi mencapai cita-cita, pengorbanan tetap harus dilakukan.

6. Ada juga anak yang tak nak sambung belajar dan nak kerja serta-merta

Image via beritaharian.sg

Ibu bapa mesti tertanya-tanya pekerjaan atau bidang apakah yang paling sesuai untuk anak mereka ceburi. Tak pernah masuk kolej atau universiti tiba-tiba nak ada kerjaya terus. Pening juga ibu bapa bila memikirkannya.

Tapi biasanya ini bergantung kepada minat si anak itu sendiri. Maklumlah, bukan semua merasakan pelajaran di peringkat tinggi itu suatu keperluan untuk berjaya. Ada sesetengah pihak yang memilih untuk mempunyai kerjaya sebaik tamat persekolahan. Tujuannya bagi meraih pendapatan sendiri dan pada masa yang sama dapat meringankan beban kewangan ibu bapa.

Apa-apa pun pilihan anak-anak, ibu bapa haruslah bersedia dari segi kewangan dan seeloknya amalkan sikap menabung sejak anak masih kecil

Menabung bukan sekadar menyimpan wang semata-mata. Kan lebih bagus kalau sambil menyimpan duit, sambil mendapat pelbagai manfaat. Satu cara yang terbaik tentunya menabung dengan SSPN-i dan SSPN-i Plus dari PTPTN.

Image via PTPTN

Pelbagai manfaat boleh didapati menerusi SSPN-i dan SSPN-i Plus antaranya:

1. Geran Sepadan PERCUMA

Pelajar Tahun 1 berhak mendapat insentif Geran Sepadan PERCUMA 50 jika ibu bapa membuka atau menambah di dalam akaun SSPN-i atau SSPN-i Plus untuk mereka. Mereka hanya perlu deposit minimum RM50 ke dalam akaun tersebut untuk menerima insentif ini.

2. Pelepasan Taksiran Cukai

Berdasarkan deposit yang ada dalam akaun SSPN-i Plus anak anda, anda boleh menikmati pelepasan taksiran cukai sehingga RM12,000 setiap tahun.

Image via PTPTN

3. Cabutan Bulanan

Cabutan ini berlangsung sebulan sekali dari sekarang hingga Disember 2017. Anda berpeluang memenangi hadiah utama bernilai RM10,000 atau hadiah saguhati sebanyak RM100. Anda hanya perlu membuka atau menambah di dalam akaun SSPN-i atau SSPN-i Plus dan terbuka kepada pelajar Tahun 1 2017.

4. Takaful


Skim simpanan ini melayakkan anda memperoleh dividen. Bukan itu saja, ia turut dibekalkan dengan perlindungan takaful sehingga RM1 juta.

Tak cukup dengan itu, SSPN-i Plus juga merupakan salah satu pelan simpanan yang memberikan dividen tertinggi di Malaysia dan ianya juga patuh syariah!

Kadar dividennya juga stabil dan semakin meningkat:

2010 – 3.25%
2011 – 3.75%
2012 sehingga 2016 – 4%

Jika menabung dari awal, jumlah simpanan terkumpul akan kelihatan seperti ini:

Image via SAYS

Jika anda memilih option 5 iaitu menabung RM100 sebulan selama 11 tahun (dari anak berumur 7 tahun sehingga 18 tahun), jumlah wang terkumpul dalam akaun SSPN-i Plus adalah sebanyak RM16,830.97.

Berbeza dengan simpanan biasa di mana wang terkumpul hanya berjumlah RM13,200.

Memang banyak manfaat dapat diperoleh jika menabung dengan SSPN-i dan SSPN-i Plus. Lihat video di bawah dan dengar penjelasan Puan Sabariah:

Bagus kan? Klik sini untuk layari laman web SSPN-i dan SSPN-i Plus dan mula menabung demi masa depan anak-anak anda!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Tahukah anda, masih ramai yang belum bayar satu sen pun hutang PTPTN?

Apa alasan mereka? Kami senaraikan 10 sebab: