seismik

#Bersih5: Pertembungan Merah Vs Kuning Di Masjid Jamek, Penyokong Baju Merah Dakwa Disepak

Keadaan masih terkawal.

Cover image via postimg.org

#Bersih5: Peserta kumpulan baju merah mendakwa ada di antara ahli mereka telah disepak oleh peserta Bersih ketika kedua-dua kumpulan tersebut bertembung di sekitar LRT Masjid Jamek

Dalam laporan Sinar Online sebentar tadi, Ketua Pemuda Bandar Bukit Jalil, Alif Tafid mendakwa kedua-dua kumpulan berkenaan terpaksa bertembung di Masjid Jamek sehingga menyebabkan tiga daripada peserta baju merah disepak tanpa disedari.

Ketua Pemuda Bandar Bukit Jalil, Alif Tafid

Image via Sinar Online

"Namun begitu tiada sebarang kecederaan serius yang berlaku kepada mereka susulan tindakan tersebut," katanya kepada Sinar Harian sejurus tiba di Padang Merbok.

Alif berkata, disebabkan pertembungan itu, ada di antara ahli baju merah tidak dapat turun daripada stesen LRT berkenaan memandangkan bimbang berlakunya kejadian tidak diingini.

sinarharian.com.my

Ternyata hasrat kumpulan baju merah untuk berhimpun di Dataran Merdeka tidak kesampaian apabila mereka diarahkan untuk berhimpun di Padang Merbok

Selain itu, sejurus kumpulan baju merah tiba di Jalan Raja Laut, mereka turut diarahkan untuk menukar laluan memasuki Jalan Kuching untuk berkumpul di Padang Merbok.

sinarharian.com.my

Penyokong Baju Merah kelihatan berhimpun di SOGO sebentar tadi.

Image via SAYS

Bagaimanapun, laporan dari The Star tengahari tadi memberitahu bahawa seorang penyokong Baju Merah telah ditahan di Padang Merbok

Beliau dilaporkan ditahan kerana telah menyepak salah seorang penyokong Bersih ketika berada di sana.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada jam 11 pagi sewaktu penyokong Bersih melalui kawasan tersebut untuk ke Dataran Merdeka.

Dapatkan segala update terkini, video, gambar, dan segala perkembangan terbaru tentang #Bersih5 di SINI.

Image via SAYS

Lagi tentang #Bersih5:

You may be interested in: