seismik

Hijrah Itu Mudah, Istiqamah Itu Yang Susah - Pesanan Felixia Buat Uqasha Dan Safiey Ilias

"Lebih baik perlahan tetapi istiqomah...daripada laju tetapi cepat mengalah."

Cover image via denaihati.com

Minggu lalu kita dikejutkan dengan berita keputusan membuka hijab salah seorang selebriti terkenal tanah air. Dan semalam, kita lagi sekali dikejutkan dengan berita jutawan muda yang mengambil keputusan untuk kembali menjadi pondan.

Image via SAYS

Semestinya penghijrahan positif mereka pada awalnya diterima baik ramai. Tetapi tidak tahulah dari mana silapnya, kedua-dua individu ini nampaknya ingin kembali 'berhijrah' menjadi diri mereka yang dulu. Benarlah kata orang, nak berubah itu mungkin mudah tetapi istiqamah itu agak susah.

Setelah isu itu menjadi hangat di semua media tempatan, selebriti Felixia Yeap yang merupakan seorang mualaf tampil memberi pandangan beliau mengenai isu tersebut. Baca pesanan beliau di bawah:

Benarlah bila orang berkata...hijrah itu sebenarnya mudah.

Istiqomah itu yang susah.

Akhir-akhir ini, kita dikejutkan oleh berita tentang seorang saudari dan seorang saudara kita yang melambai kain putih tanda mengalah di pertengahan jalan penghijrahan mereka.
Mengejutkan?

Benar, tetapi pada masa yang sama, saya teramat memahami apa yang mereka lalui.

Saya turut mengalami perkara yang sama, setiap hari. Tetapi bagi saya, saya cuba lalikan diri saya daripada tohmahan, makian dan sindiran manusia.

Bagi saya, banyak lagi perkara yang penting dalam hidup ini untuk dibuat...daripada hanya cuba memuaskan hati dan menutup mulut manusia yang tidak menyumbang kepada penghijrahan kita.

Yang hanya tahu mencari kesalahan dan aib kita walaupun kita sedang berusaha menjadi lebih baik.

facebook.com
Image via denaihati.com

Misalnya, menjaga keluarga kita, mencari rezeki yang halal, membuat kerja amal, melebihkan dan menyempurnakan ibadah, etc etc.

Tidak perlu kita terlalu mengambil berat apa yang negatif yang keluar dari manusia yang sentiasa berfikiran dan mengucap yang negatif sahaja.

Fokuskan pada yang positif.
Fokuskan pada yang membina.
Fokuskan pada yang ikhlas.
Istiqomah itu terlalu susah, saya tahu.

Tetapi hijrah dan Hidayah itu juga teramat mahal dan berharga. Tidak semua dikurniakannya.
Saya akui, saya terlalu jauh daripada sempurna dalam penghijrahan saya sendiri, dan iman saya pun seringkali ada turun naiknya.

Kadang-kadang bertudung labuh, kadang-kadang berselendang.

Kadang-kadang leka, kadang-kadang insaf.

Tetapi itulah manusia.

facebook.com
Image via denaihati.com

Namun cubalah sedaya upaya, kekalkan pendirian untuk berhijrah...bukan kerana manusia, tetapi kerana Allah SWT.

Kalau tak boleh Hijrah laju-laju, hijrah lah slow slow.

Lebih baik perlahan tetapi istiqomah...daripada laju tetapi cepat mengalah.

Bagi yang suka menyindir, berburuk sangka, memfitnah dan menghasut orang-orang yang berusaha untuk berhijrah...bertaubatlah.
Mulut tu Allah SWT berikan untuk mengucap yang baik-baik sahaja.
Biarlah syaitan-syaitan sahaja yang buat kerja mereka tu.

Kepada pelakon wanita dan jutawan lelaki itu.
Daripada bekas model P*****y ini.

Berhijrah demi Allah SWT, kita pasti istiqomah.
Berhijrah demi manusia, kita pasti mengalah.

facebook.com
Image via briliagung.com

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi di SAYS:

You may be interested in: