'Saya Dah Terlampau Penat Untuk Menjadi Baik' - Safiey Ilias Mengaku Kembali Jadi Pondan
Semoga hidayah kembali kepadanya.
Masih ingat lagi jutawan pondan terkenal sebelum ini, Safiey Ilias yang mengambil keputusan untuk kembali menjadi lelaki semula setelah sekian lama menjadi pondan?
Keputusan yang diambilnya awal tahun lalu benar-benar memeranjatkan semua pihak terutama rakan-rakan yang mengenali dirinya. Bagaimanapun, kebanyakan netizen memberi sokongan penuh kepada penghijrahannya itu dan berdoa semoga beliau berubah sepenuhnya.
Namun, satu pengakuan memeranjatkan telah dibuat oleh Safiey Ilias malam tadi yang mengatakan beliau telah memilih untuk menjadi pondan semula. Beliau menyatakan bahawa sudah penat untuk menjadi baik dengan kembali kepada fitrah.
Baca luahan penuh beliau di bawah:
Assalammualaikum semua. Sebelum tu saya nk mintak maaf andai posting ni panjang lebar. Cuma ini luahan saya.
Saya sebenarnya dah terlampau penat untuk menjadi baik dengan kembali kepada fitrah. Sebab apa jua yg saya buat masih ada org tetap tak puas hati dan mempertikai. Saya jadi pondan org hina, saya jadi lelaki pun org hina dan org pertikai. Ada yg kata saya tunggang agama, ada yg kata saya gunakan agama untuk bisnes dan bermacam lagi sejak penghijrahan saya tempoh hari. 1-2 kali tohmahan mungkin saya boleh tahan tp kalau beratus kali ia beri efek pada mental dan emosi saya. Saya dh jadi lelaki pun org tanya mana misai dan janggut saya. Entah lah. Saya fedup.
Terus terang cakap saya penat sgt2 dan tak tahu nk tuju kemana lagi untuk bawak diri. Setiap apa yg saya lakukan semua org masih tak puas hati. Dah tak ada gunanya saya menjadi baik kalau saya terus dilemparkan dgn pelbagai kata2 hinaan. Saya pun ada perasaan tipu kalau saya kata saya tak sedih dengan semua ni. Sumpah saya penat sgt2. Sana sini org fitnah, dan org tak habis2 kaitkan penghijrahan saya dengan bisnes. Memang agaknya korg tak boleh pisahkan dua benda ni drpd saya. Maaf tapi bisnes saya dh meletops 3 tahun lalu sejak saya menjadi pondan lagi . Tak perlu nk ckp saya berhijrah sebab bisnes saya tengah down, nak bayar Hummer tak boleh bayar, saya jual kereta mini Cooper sebab bisnes tengah lingkup, dan bermacam lagi dakwaan lain. Saya penat lah dengan semua ni. Saya tak penah ada masalah kewangan!
Saat ni , hari ni , saya betul2 nak mintak maaf dkt semua followers saya yg mengkagumi saya tak kesah lah atas apa jua sebab sama ada pghijrahan saya mahupun kejayaan bisnes saya , saya ambik keputusan untuk jadi pondan semula sebab saya dh terlalu penat melalui dugaan yg tak pernah putus2 . Saya dh penat nak layan dan hadap tohmahan korg semua bila saya jadi baik pun org bercakap . Biarlah saya menjadi diri sendiri dan happykan diri saya ikut cara saya.
To all my family, saya mintak maaf sgt2 sebab kecewakan harapan akak2 saya dan mak ayah saya. Tak perlu lah nk libatkan mereka dalam keputusan yg saya ambik hari ini sebab mereka pun sedih dan kecewa. Tak perlu libatkan mereka apa2 dan tak perlu nak blame mereka mcm korg blame saya. Keputusan saya ni biarlah saya yg tanggung dan biarlah saya yg hadap . Hanya family yg tahu apa yg saya lalui.
Kepada kawan2 saya terutama Harry Zulkifli, aku harap ko terus tabah dan istiqomah dalam penghijrahan yg berliku dan pedih ni. Maafkan aku sebab tarik ko berhijrah dlu tp aku yg terkandas dlu . Aku dh pnat sgt2 dan ko sendiri yg tahu apa aku lalui. Teruskan melangkah dan doakan aku.
Kepada Sheikh Sulaiman, Azie Shaziana dan Syarifah Furaiha, maafkan saya tau sebab saya telah mengalah dan tewas kali ni. Korg baik sgt2 dan sentiasa beri moral support pada saya. Thanks u jugak kepada org kuat Al Hijrah yg mesej saya tadi dan siap doakan saya di depan Kaabah tadi. Thanks u juga pada ustaz2 dan Daie Wan Dazrin sebab whatsapp saya tadi. Maafkan saya buat anda semua kcewa.
Akhir kata, doakan saya semoga penamat hidup saya dikembalikan dalam keadaan yg sebaik baiknya. Thanks u sangat2 sebab korg sentiasa mendoakan saya. Harap Allah beri ruang untuk saya.
So sorry sahabat2 semua. Saya penat. Lepasni korg nk cakap apa korg cakap lah saya dah tak kesah. Now saya buktikan kpd korg semua saya tak kisah bisnes saya lingkup atas keputusan saya ni sebab saya tak pentingkan bisnes dah! Stop cakap saya berubah itu ini sebab bisnes dan duit. Perlaking saya meletops dlu sebelum saya berhijrah lagi . Biarlah saya menjadi diri saya sendiri. Kalau nk viralkan pun saya tak kisah dan saya tak akan jawab apa2 dah pasal isu ni. Org dh jadi jahat dan jahil, nk ckp apa pun cakap lah dh memang kita jadi jahat.
Ig ni ig betul saya . Ada pihak siap buat akaun fake dah nak tambah followers . Pelik2 korang ni. Saya give up. Sorry again. Wasalam. Nite.
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!