seismik

Petisyen Ini Raih Hampir 25K Tandatangan, Bukti Ramai Sokong 'Sex Education' Di Malaysia

Mungkin sudah tiba masanya?

Cover image via Google

Sebut sahaja pendidikan seks, ramai yang masih menganggap bahawa topik itu terlalu taboo untuk dibincangkan secara terbuka

Image via salamtoday.com

Walau sudah memasuki tahun 2020, kebanyakan masyarakat di Malaysia memilih untuk tidak bercakap tentang pendidikan seks, lebih-lebih lagi kepada anak kecil mereka.

Pendidikan seks dilihat sebagai topik yang terlalu berat untuk dibincangkan, bahkan ramai yang khuatir bahawa pendedahan terhadap pendidikan seks pada awal usia mampu menjadikan anak-anak kecil lebih cenderung untuk melakukan seks.

Tapi, bukankah kanak-kanak zaman sekarang juga ada terlibat dengan masalah seksual di awal usia walaupun tidak didedahkan dengan pendidikan seks?

Cuba fikirkan.

Pendidikan seks ini sebenarnya bukan bertujuan untuk menggalakkan orang melakukan hubungan seks. Ia lebih kepada memberi maklumat tepat dan persepsi sihat tentang seks dan menggalakkan hubungan harmoni antara manusia.

Seorang aktivis pendidikan seks awal usia yang dikenali sebagai @akhifairuz_ di Twitter sering menekankan tentang betapa pentingnya pendidikan ini untuk diberikan kepada kanak-kanak.

Dalam pada ramai yang melihat pendidikan seks menerusi satu dimensi sahaja, saudara Akhi Fairuz menjelaskan bahawa pendidikan ini mempunyai lima dimensi berbeza yang perlu difokuskan, dan kelima-lima dimensi ini saling melengkapi antara satu sama lain.

Nak tahu lebih lanjut tentang lima dimensi pendidikan seks ini, boleh baca di sini.

Seruan tentang kepentingan pendidikan seks yang semakin mendapat perhatian dunia telah mencetus Persekutuan Persatuan-Persatuan Kesihatan Reproduktif Malaysia (FRHAM) dan Durex Malaysia untuk mewujudkan sebuah petisyen

Petisyen yang diberi judul 'Sex Edu For Me & You' telah dimulakan pada bulan Oktober 2019 dengan sasaran sebanyak 25,000 tandatangan. Ia bertujuan untuk melakukan perubahan serta menyediakan pendidikan seks yang lebih bagus di Malaysia.

Ketika artikel ini ditulis, petisyen ini telah mengumpul sebanyak 24,582 tandatangan, sedikit sahaja lagi untuk mencapai sasaran.

Image via change.org

Menurut FRHAM dan Durex, sudah tiba masanya untuk rakyat Malaysia berubah dan belajar mengenai pendidikan seks

Image via edureviews.com

"Dalam kehidupan, seks adalah tentang membuat keputusan yang bijak. Malangnya, ramai antara kita tidak berpengetahuan tentang seks kerana kita tidak berpeluang belajar mengenainya seperti di negara lain," tulis petisyen tersebut.

"Sekarang kita semua dah dewasa, tapi keadaan masih sama. Ramai di antara kita mengandung tanpa dirancang, dijangkiti STI, dan alami hubungan seksual tidak memuaskan. Sudah sampai masanya ini semua diubah."

Mereka mempunyai misi untuk mewujudkan program pertama di Malaysia yang mengetengahkan pendidikan seksualiti komprehensif (CSE) untuk golongan muda

Image via akurat.co

"Program ini berazam untuk memberi maklumat tepat dan tidak skeptikal merangkumi kehamilan dan kontraseptif, pencegahan STI dan persepsi tentang seks. Ini adalah prinsip yang disyorkan oleh UNESCO. Kami berharap untuk melancarkannya pada awal tahun 2020," kata petisyen itu lagi.

"Mari tunjukkan sokongan anda dengan menandatangani petisyen ini."

Image via joins.com

FRHAM dan Durex Malaysia turut menjelaskan bahawa pendidikan seks bukanlah untuk golongan muda sahaja.

"Ia tidak berhenti walaupun seseorang itu telah meninggalkan sekolah. Masalah seksual yang sedang kita hadapi masa kini semuanya berpunca daripada kurangnya pendidikan seksualiti," kata mereka.

Sekiranya petisyen ini mencapai sasaran, mereka akan membentangkan kepada kerajaan sebagai bukti bahawa rakyat Malaysia mahukan pendidikan seks

Jadi, marilah bersuara dan menyokong pendidikan seks di Malaysia dengan menandatangani petisyen 'Sex Edu For Me & You'.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Ada lima dimensi berbeza dalam pendidikan seks. Ketahui semuanya di sini:

You may be interested in: