"Nak Bagi Budak Cepat Akil Baligh Ke?" Lelaki Ini Kupas Apa Sebenarnya Erti Sex Education
Parents, tolong hadam.
Zaman sekarang ini bermacam jenis perkara tidak diingini telah berlaku. Malah, perbuatan terkutuk itu dilakukan oleh kanak-kanak semuda 12 tahun!
Mengapa?
Kerana mereka tidak diberikan penerangan yang mendalam tentang Pendidikan Seks. Mungkin ramai yang menganggap bahawa pendidikan seks ini merupakan sesuatu yang negatif dan tidak perlu diperluaskan untuk kanak-kanak. Namun sebenarnya, kanak-kanak semuda 12 tahun kini sudah mampu melakukan perbuatan yang tidak elok dan pemikiran mereka lebih mudah tercemar dengan bahan-bahan porno dan video lucah.
Bahaya.
Inilah risiko yang perlu dihadapi oleh ibu bapa di luar sana. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang kerap menghantar anak ke rumah pengasuh.
Oleh itu, ramai pihak yang bersetuju bahawa sudah tiba masanya Pendidikan Seks diajar di sekolah. Memang topik ini begitu sensitif untuk dibincangkan secara terbuka, namun ianya juga bermanfaat untuk mereka peroleh kebaikan daripada Pendidikan Seks ini.
Banyak perkara yang perlu diketahui oleh anak-anak sebelum mereka terjerumus ke lembah tidak diingini di usia yang begitu muda.
Pendidikan Seks di sekolah juga bakal menyelamatkan anak-anak gadis daripada sebarang gangguan seksual atau perkara lain yang tidak diingini.
Seorang lelaki yang dikenali sebagai #TukangCeramahBudakSekolah dan salah seorang #SexEdSpeaker telah mengupas isu apakah itu Pendidikan Seks di laman twitter miliknya @akhifairuz_
Sebelum itu, dia turut menulis tentang betapa lemahnya pengetahuan budak sekolah tentang Pendidikan Seks ini. Malah, dia juga menjumpai banyak salah faham dalam isu ini. Antaranya:
1. Anggap baby dalam perut. Walhal bayi dalam rahim.
2. Ada yang ingat maknya lahirkan keluar dari dubur. Dan jangan pelik ada pelajar sekolah menengah ber'iman' dengan 'fakta' ini.
3. Budak2 perempuan & lelaki tak tahu perempuan ada urethra (lubang kencing). Mereka menganggap air kencing perempuan keluar dari vagina. Itu pasal ada kes remaja pregnant, tapi tak tahu yg dia mengandung. No idea bila zakar masuk vagina dan air mani dipancarkan, dia boleh hamil.
4. Ada budak sekolah yang anggap baby lahir sebab pegang2 tangan, cium2. Mereka tak faham tujuan hubungan seksual itu sendiri; cara hidupan kekalkan spesis. Akhirnya, banyak belajar dari pornografi. Dan itulah cara paling salah dan jahat sekali.
5. Ada budak lelaki tak tahu yang dia juga boleh akil baligh bila keluarkan air mani sendiri (melancap, onani, masturbation, toceng dan perkataan yang merujuk perbuatan berkenaan). Maka, ada yang tak mandi wajib selepas onani. Depa ingat mandi lepas mimpi basah.
6. Budak sekolah banyak yang tak jelas term rogol. Mereka ingat ia hanya terpakai pada perhubungan seksual yang dipaksa. Sebab itu boleh je beromen suka sama suka. Walhal ia tetap jenayah rogol dalam undang-undang (bawah 16 tahun).
7. Menganggap tampar buntut, raba2 kawan sesama jantina, dan menyentuh private part adalah gurauan. Mereka tak sedar itu namanya pencabulan. Masing2 rasa untuk melawak je. Walhal dia tak sedar dari main2, lama2 jadi sedap hingga cenderung kepada sama jantina.
Di situ anda boleh lihat betapa lemahnya mereka tentang Pendidikan Seks ini. Sebab itulah pentingnya untuk ibu bapa, pakcik makcik, dan setiap individu untuk tahu apa itu Pendidikan Seks.