seismik

Elak Dari Diperkosa, Budak 11 Tahun Cucuk Mata Pak Cik Gila Seks Dengan Batang Aiskrim!

Insiden ini di Kudat, Sabah, yang mana kanak-kanak tersebut dikatakan telah menumpang kereta lelaki terbabit dari Pasar Sayur Kudat untuk pulang ke rumahnya.

Cover image via Google

Semakin hari keganasan seksual ke atas kanak-kanak semakin menjadi-jadi

Bahkan saban hari negara akan dikejutkan dengan kes-kes kanak-kanak, baik lelaki mahupun perempuan, menjadi mangsa rogol.

Barangkali ini kerana kanak-kanak secara umumnya bersifat rapuh, senang percayakan orang, tidak boleh mengurus dan menyelamatkan diri sendiri apabila berdepan dengan situasi bahaya.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini, seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun berjaya mempertahankan dirinya daripada menjadi mangsa rogol

Dalam insiden yang berlaku di Kudat, Sabah, kira-kira jam 9 pagi itu, kanak-kanak tersebut dikatakan telah menumpang kereta Perodua Viva berwarna hitam dipandu lelaki terbabit dari Pasar Sayur Kudat untuk pulang ke rumahnya.

Bagaimanapun, mangsa yang menaiki kereta itu seorang diri telah dibawa ke kawasan Tembok Panuwasa.

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via Google

Sebaik tiba di lokasi, suspek tiba-tiba memberhentikan kereta dan terus memegang tangan mangsa.

Suspek telah mengarah mangsa untuk melakukan hubungan seks, namun kanak-kanak perempuan itu enggan dan mengugut akan melaporkan perkara itu kepada pihak polis.

Suspek kemudiannya menutup mulut mangsa menyebabkan kanak-kanak itu meronta untuk melepaskan diri.

Mangsa yang berjaya menyelamatkan diri bertindak mencucuk mata lelaki itu menggunakan batang aiskrim demi mengelak dirinya daripada dirogol

Ketua Polis Daerah Kudat, Superintendan Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata, "Sebaik berjaya melarikan diri, mangsa terus meminta pertolongan daripada orang ramai sebelum dihantar semula kepada neneknya di Pasar Sayur Kudat."

Selepas itu, mangsa yang ditemani ahli keluarga telah membuat laporan polis di Balai Polis Kudat.

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via Google

“Pemeriksaan awal mendapati, terdapat kesan calar pada mata kanan mangsa selain mengadu sakit di bahagian muka.

“Hasil keterangan mangsa, suspek adalah seorang lelaki berusia dengan keadaan muka cengkung, rambut pendek, beruban dan berjanggut,” kata Mohd Firdaus kepada Harian Metro.

Menurut Mohd Firdaus, ketika kejadian mangsa mendakwa suspek berseluar pendek berwarna coklat tetapi tidak mengingati warna baju dipakai.

Katanya, polis sudah melancarkan operasi memburu suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

You may be interested in: