seismik

Remaja 13 Tahun Dirogol Lebih 10 Kali Oleh Abang Kandung 16 Tahun Sehingga Mengandung

Mangsa dirogol ketika bapanya keluar bekerja.

Cover image via SAYS

Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan di rumahnya di Kampung Baru Cina, Semenyih selepas merogol adik perempuannya berusia 13 tahun sehingga mengandung, pada jam 5.30 petang semalam

Seperti yang dilaporkan oleh Harian Metro pagi tadi, menurut sumber, mangsa telah dirogol lebih 10 kali ketika bapanya keluar bekerja.

"Mangsa tinggal bersama bapanya yang berusia 42 tahun dan lima lagi adik-beradik yang lain manakala ibu mangsa sudah melarikan diri sejak sebulan lalu," katanya.

hmetro.com.my
Image via asiaone

Bapanya yang merupakan seorang pengawal keselamatan itu mula mengesyaki sesuatu selepas melihat perut mangsa semakin membesar

Bapa mangsa kemudiannya, membawa remaja yang kini berada di tingkatan satu itu ke hospital untuk pemeriksaan doktor.

"Hasil pemeriksaan mendapati remaja itu hamil tujuh bulan sebelum mengaku dirogol abang sulungnya berkali-kali," lapor sumber tersebut.

hmetro.com.my

Menurut sumber itu lagi, mangsa kini di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Gambar sekadar hiasan.

Image via greece.greekreporter.com

Kes rogol yang melibatkan gadis bawah umur semakin hari semakin meningkat dan amat membimbangkan

Seperti yang dilaporkan oleh Utusan Online sebelum ini, sebanyak enam hingga tujuh kes rogol bawah umur diterima polis di seluruh negara setiap hari dari tahun 2013 hingga awal tahun lalu.

Jumlah itu difahamkan berkurangan berbanding tahun-tahun sebelum 2012, yang pernah mencecah 3,000 hingga 4,000 laporan polis setahun.

Namun, sebahagian besar laporan polis itu tidak tepat kerana mangsa kebanyakannya melakukan perbuatan seks atas dasar suka sama suka.

Image via prihatin.net.my

Keadaan itu sangat membimbangkan kerana statistik yang dikeluarkan Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menunjukkan, kelompok bawah umur 16 tahun dikesan mengenali perbuatan seks sejak di awal usia lagi.

Statistik itu juga menunjukkan kenalan dan teman lelaki menjadi suspek utama dalam kes rogol tersebut

Dan mereka yang berusia 13 hingga 15 tahun dikesan paling ramai menjadi mangsa iaitu seramai 3,296 orang dalam tempoh tiga tahun ke­belakangan ini.

Pada 2015, suspek yang berstatus kenalan adalah sebanyak 1,020 kes, 2014 (1,045 kes) dan 2013 (1,404 kes).

Suspek berstatus teman lelaki pula sebanyak 856 kes, 2014 (942 kes) dan 2013 (1,113 kes).

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi kes sebelum ini:

You may be interested in: