Pengasas Rangkaian Restoran Boat Noodle & BananaBro, Tony Lim Dilapor Meninggal Dunia

Beliau telah melancarkan Boat Noodle pada tahun 2014 dan BananaBro pada tahun 2018.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pengasas BananaBro dan Boat Noodle dilaporkan baru sahaja meninggal dunia hari ini

Pengumuman ini dibuat secara rasmi di laman Instagram BananaBro bagi menghormati beliau.

"Dengan berat hati, kami mengumumkan pemergian pengasas tercinta kami, Tony Lim.

"Tony mempunyai satu impian, iaitu membawa budaya nasi daun pisang Malaysia ke persada dunia. Berbekalkan minat yang mendalam, sifat pemurah, dan keyakinan teguh terhadap impian itu, beliau telah menghidupkan BananaBro.

"Tony bukan sekadar mencurahkan visinya, beliau turut menyerahkan sepenuh jiwanya buat insan-insan di sekeliling dan perjalanan hidup yang beliau percayai.

"Walaupun beliau tidak lagi bersama kita, impiannya terus hidup dalam setiap sajian daun pisang yang kami hidangkan dan setiap insan ayng pernah disentuh hatinya.

"Terima kasih, Tony. Semangatmu menyuntik inspirasi, kemurahan hatimu menyentuh jiwa kami, dan legasimu akan kekal abadi,"
menurut kenyataan itu.

Tony Lim mula berkecimpung dalam bidang makanan dan minuman sejak tahun 2005 lagi

Menurut Prestige Online, E.H. Utara Holdings adalah perniagaan keluarganya yang mempunyai kehadiran serantau di Malaysia, Thailand, Singapura, Kemboja dan Laos.

SAYS.com
Image via Sunway Carnival

Syarikat itu memberi perkhidmatan logistik termasuk laluan darat, penghantaran rentas sempadan, pergudangan dan pengedaran.

Di laman LinkedIn, Lim menyertai E.H. Utara Holdings pada tahun 2005 dan menjadi Ketua Pengarah Eksekutif.

Selepas beberapa tahun, Lim membuat keputusan untuk memasuki industri makanan dan minuman dengan melancarkan dua francais terkenal iaitu Boat Noodle (2014) dan BananaBro (2018).

Image via Trip Advisor

Setakat ini, masih belum ada apa-apa kenyataan rasmi mengenai bagaimana Tony Lim meninggal dunia. Satu kehilangan besar buat industri makanan dan minuman Malaysia.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS