Hampir 100 Kakitangan Utusan Malaysia & Kosmo Kini Diarah Menjalani Program Cuti Berbayar
Difahamkan, Utusan Malaysia dan Kosmo! masih akan meneruskan penerbitan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Hampir 100 kakitangan Media Mulia Sdn Bhd dalam Utusan Malaysia dan Kosmo! telah diarah menjalani Program Cuti Berbayar
Menurut laporan Berita Harian, langkah ini merupakan rasionalisasi oleh Media Mulia untuk melaksanakan penilaian strategik terhadap model perniagaan, struktur operasi dan hala tuju syarikat bagi memastikan kelangsungan serta kemampanan perniagaan dalam menghadapi cabaran industri media.
Ketua Pegawai Kewangan Media Mulia, Abd Wahid Idris, mengatakan bahawa langkah itu diambil susulan perubahan landskap industri media yang lebih memberi tumpuan kepada platform digital.
Pada masa itu, syarikat masih komited meneruskan penerbitan akhbar bercetak untuk pembaca setia.

Pengurusan Media Mulia ketika sesi Town Hall Ogos lepas.
Image via Media Mulia (LinkedIn)"Program ini bertujuan menilai semula keperluan operasi, penggunaan sumber manusia dan keupayaan syarikat untuk memberi penekanan kepada kandungan digital, platform penyampaian berita lebih berkualiti dan efektif, serta kemampanan perniagaan syarikat untuk masa depan.
"Media Mulia ingin menegaskan langkah rasionalisasi ini akan terus mengekalkan identiti dan legasi jenama Utusan Malaysia serta Kosmo!.
"Keunikan kandungan, identiti editorial, pendekatan pemberitaan dan kredibiliti kedua-dua jenama ini akan terus dipelihara," katanya.
Utusan diasaskan pada 29 Mei 1939 dan Kosmo! pada 30 Ogos 2004
Utusan adalah antara media akhbar yang lama dalam industri media Malaysia. Manakala Kosmo! pula sudah hampir 25 tahun dalam industri media. Kedua-dua media akhbar ini telah menghentikan penerbitan pada 10 Oktober 2019 tetapi menyambung semula penerbitan pada tahun 2020.

Menurut Abd Wahid, pengurusan sedia ada telah menyelamatkan kedua-dua jenama itu pada tahun 2019. Oleh itu, penyesuaian strategik adalah perlu demi memastikan kelangsungan kedua-dua jenama dan organisasi itu supaya tidak berulang nasib sama seperti sebelumnya.

"Langkah transformasi ini perlu dilaksanakan bagi menjamin masa depan jenama Utusan Malaysia dan Kosmo!.
"Fokus akan terus diberikan dalam menghasilkan konten editorial yang lebih berkualiti, berwibawa dan dipercayai," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via