Pekerja Tidak Baca ‘Bismillah’, Lebih 6.5 Tan Bekalan Ayam Mentah Sah Gagal Patuh Syarak

Difahamkan, ia susulan kes serbuan kilang pemprosesan ayam baru-baru ini.

Cover ImageCover image via Berita Harian

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah mendakwa kepatuhan pusat penyembelihan dan pemprosesan ayam negara sangat minimum

Untuk itu, PPIM menggesa pihak berkuasa bagi menyemak perkara berkenaan segera.

Menurut laporan daripada Harian Metro, Setiausaha Kerja PPIM, Zharif Johor yang pernah terlibat dalam industri itu mengatakan antara ketidakpatuhan pernah disaksikan ialah individu merokok dan tidak membaca 'bismillah' ketika mahu menyembelih ayam.

Pihak berkuasa dicadangkan untuk memeriksa semula pelaksanaan penyembelihan ayam secara berpusat.

"Dulu pernah dicadangkan oleh pihak berkuasa untuk selaraskan semua penyembelihan dan diletakkan dalam satu pusat supaya pemantauan itu boleh dilakukan.

"Namun, ia dibantah oleh industri. Mungkin idea itu harus disemak semula kerana kita tak sanggup lagi makan bangkai ini. Sebagai orang Islam, kita ada kepatuhan. Kita tidak boleh lagi menerima masalah ini untuk ia berulang kembali,"
katanya.

SAYS.com
Image via Kosmo

Lebih 6.5 tan ayam mentah disyaki diproses tanpa mematuhi hukum syarak

Terdahulu, Berita Harian telah melaporkan lebih 6.5 tan ayam diproses tanpa mematuhi kaedah penyembelihan mengikut hukum syarak dan keperluan pensijilan halal dalam serbuan di sebuah gudang di Puchong baru-baru ini.

Kilang yang diserbu itu disyaki menyembelih 'bangkai' ayam untuk pasaran Lembah Klang. Kilang itu didapati mampu memproses 40,000 ekor ayam sehari.

12 pekerja kilang berkenaan juga adalah pendatang asing tanpa izin (PATI) dan tidak memiliki sebarang sijil perakuan untuk menyembelih haiwan.

SAYS.com
Image via Berita Harian

Timbalan Pengarah (Gerakan/Operasi) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Muhammad Abdul Halim, mengatakan pemilik kilang adalah seorang lelaki tempatan berusia awal 30-an.

Tambahan lagi, pihak industri telah membantah pusat penyembelihan dan pemprosesan secara berpusat kerana kos yang tinggi.

SAYS.com
Image via Berita Harian

"Contohnya kalau kita hantar ayam kepada pusat penyembelihan itu, kos penyembelihan akan dikenakan kira-kira RM1 seekor. Tapi kalau kita sembelih sendiri ayam itu, mungkin kosnya hanya 30 sen sahaja.

"Disebabkan itu ia dibantah secara meluas. Bila kos itu tinggi, mereka tidak boleh nak jual (ayam) kepada pasaran dengan harga yang rendah,"
katanya.

Kes di Puchong itu boleh dijadikan pengajaran dan pihak berkuasa hanya memberi iktiraf kepada kilang tertentu dengan syarat ketat sahaja.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS