Petronas Sahkan Letupan Besar Di Rapid Pengerang, 2 Orang Cedera Dan Tiada Maut
Apa dapat dipadamkan dalam masa 30 minit.
Pagi tadi, penduduk Pengerang, Kota Tinggi telah dikejutkan dengan dua bunyi letupan yang berlaku di kilang petrokimia Rapid milik Petronas
Kilang petrokimia tersebut yang dibina bagi tujuan pembangunan hab industri minyak dan gas penapis dilaporkan meletup dan terbakar pada jam 1.28 pagi, 12 April 2019.
Letupan tersebut dikatakan turut dirasai sehingga Pasir Gudang.
Susulan daripada itu, dua warga tempatan cedera dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Ahsmon Bajah, berkata, kedua-dua mangsa dirawat sebagai pesakit luar di Pusat Kecemasan Perubatan RAPID Pengerang.
“Pihak polis mengesahkan laporan kejadian diterima 1.25 pagi tadi. Insiden kebakaran kecil berlaku di salah satu lot tapak projek," katanya.
Api yang marak dapat dipadamkan dalam masa 30 minit selepas letupan tercetus
“Pasukan Tindak Kecemasan (ERT) PETRONAS RAPID Pengerang yang menerima laporan, mengaktifkan ke lokasi kejadian membabitkan lima kenderaan bomba ERT PETRONAS RAPID Pengerang dengan kekuatan 30 kakitangan yang dapat memadamkan dan mengawal kebakaran sepenuhnya pada 2.15 pagi,” katanya. lagi.
Petronas dalam satu kenyataan mengesahkan letupan dan kebakaran di Kompleks Bersepadu Pengerang berkenaan
“Pasukan kecemasan dan kebakaran kami dikerahkan ke lokasi kejadian dan api dapat dipadamkan dalam 30 minit kemudian. Ketika ini situasi dalam keadaan terkawal dan pihak berkuasa sudah pun dimaklumkan mengenai kejadian itu.
“Punca kejadian masih dalam siasatan dan maklumat lanjut akan disalurkan kemudian."