seismik

Berpuluh Kereta Tersadai Selepas Isi Minyak, Petronas Tampil Mohon Maaf & Beri Penjelasan

Kejadian berlaku di Serdang, Selangor.

Cover image via Blog Jalan Raya Malaysia / Facebook

Pagi tadi, kira-kira 20 buah kereta dilaporkan tersadai di tepi jalan kerana mengalami kerosakan setelah mengisi minyak di stesen Petronas Solaris Besraya

Image via fbcdn.net

Ramai mendakwa insiden ini berlaku akibat minyak petrol di dalam tangki simpanan stesen minyak tersebut telah bercampur dengan minyak diesel atas kesilapan teknikal. Ada juga yang berkata tangki itu dimasuki air.

Seorang pengguna Twitter, @Md_Shazlan memuat naik sebuah video di tempat kejadian yang menunjukkan puluhan kereta telah tersadai di tepi jalan dan mengakibatkan kesesakan lalu lintas.

Selepas insiden ini viral di media sosial, stesen minyak tersebut diarah tutup buat sementara waktu untuk siasatan lanjut

Memetik laporan Utusan Online, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hel Ehwal Pengguna, (KPDNHEP), Datuk Mohd. Roslan Mahayuddin berkata, beliau telah mengarahkan pegawai-pegawainya untuk ke stesen minyak tersebut.

“Kira-kira empat pegawai penguat kuasa dari pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Kajang telah ke tempat kejadian dan dimaklumkan oleh pemilik stesen minyak tersebut berlaku sedikit masalah apabila satu tangki yang mengisi petrol dimasuki air.

“Saya dimaklumkan juga pihak stesen minyak sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan dan menjelang pukul 7 petang ini stesen minyak itu boleh beroperasi seperti biasa. Setakat ini kesemua pam minyak telah ditutup dan dihentikan bagi mengelakkan lebih ramai pengguna terjejas,” katanya.

Petronas tampil memohon maaf dan memberi penjelasan tentang apa sebenarnya yang telah berlaku

Pihak Petronas amat kesal dengan kejadian ini yang telah mengakibatkan kerosakan kepada lebih kurang 20 kenderaan.

Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan tengahari tadi, Petronas menjelaskan bahawa perkara ini berlaku disebabkan oleh kecuaian pengendalian minyak di stesen tersebut.

Petronas turut mengesahkan perkara ini hanya berlaku di stesen minyak Petronas Solaris Besraya sahaja dan tidak melibatkan stesen-stesen lain.

Dalam pada itu, Petronas turut akan memberi pampasan yang sewajarnya kepada pemilik kenderaan yang terlibat

Baca kenyataan penuh di bawah:

Bagi siapa-siapa yang mengalami nasib yang sama, sila hubungi talian yang tertera di bawah:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Berita baik, tiada kenaikan tol pada 2019!

You may be interested in: