"Baik Tutup Saja UTC" - Najib Bengang Kerajaan Pendekkan Waktu Operasi UTC Hingga Jam 7
Sebelum ini, UTC beroperasi sehingga jam 10 malam.
Bermula 1 Januari 2019, Pusat Transformasi Bandar (UTC) hanya akan beroperasi bermula dari jam 8 pagi sehingga 7 petang sahaja
Namun, hari beroperasi kekal dari Isnin hingga Ahad. Pengumuman ini telah dikeluarkan secara rasmi oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Ahmad Badri Bin Mohd Zahir semalam, 12 Disember 2018.
Untuk makluman, UTC sebelum ini beroperasi dari 8 pagi sehingga 10 malam setiap hari.
Pengurangan waktu operasi ini dilakukan atas sebab hanya 11% sahaja kehadiran pelanggan yang direkod selepas jam 7 petang
Di samping itu, ia juga bagi memastikan perbelanjaan kerajaan yang lebih efisien iaitu menyampaikan perkhidmatan dengan cekap tanpa pembaziran waktu dan tenaga.
Kenyataan itu turut berkata pertukaran waktu itu seharusnya tidak mengganggu penyampaian perkhidmatan di UTC.
Bekas Perdana Menteri, Najib Razak yang mengilhamkan projek UTC semasa pemerintahannya berasa kurang senang dengan berita penukaran waktu operasi ini
Najib menerusi Facebook berkata kerajaan sebelum ini tahu dan memahami bahawa ramai rakyat yang bekerja di siang hari kadang-kadang tidak dapat pengecualian dari majikan untuk urusan peribadi.
Jadi, itu adalah sebab utama UTC beroperasi sehingga jam 10 malam kerana terdapat beribu orang berurusan di UTC di luar waktu kerja setiap hari.
Baca kenyataan penuh Najib di bawah:
Status Najib ini telah mendapat lebih daripada 3,200 perkongsian ketika artikel ini ditulis.