seismik

PM Datuk Seri Najib Razak Tegas Tak Mungkin Akan Mengaku Kalah

Walaupun diasak pelbagai pihak, Najib tetap dengan pendiriannya dan tidak akan berganjak.

Cover image via themalaysianinsider.com

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam menegaskan beliau tidak akan menyerah kalah walaupun sering dikritik oleh pelbagai pihak

Image via bharian.com.my

Najib berkata beliau akan terus berjuang demi rakyat sebagai sebuah kerajaan yang telus bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri-menteri lain

"Walau dilintang dengan seribu aral, biarpun kita diasak dan dikritik, sebagai sebuah kerajaan yang telus, saya selaku perdana menteri bersama-sama timbalan perdana menteri, dan didokong pula para menteri serta rakan ahli pentadbiran, tidak akan sesekali berganjak atau menyerah kalah," katanya.

kualalumpurpost.net

Selain itu, Najib turut menjawab isu BR1M yang dikritik oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan menjemput seorang warga kurang berkemampuan yang diterbangkannya khas dari Sarawak ke atas pentas

"Beliau adalah seorang ibu tunggal yang kini bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah dan mempunyai 4 orang anak yang berusia di antara 11 hingga 20 tahun."

"Di sini, sebagai seorang pemimpin, suka saya menyatakan, sesiapa sahaja boleh mengatakan apa saja yang mereka suka dan fikirkan."

"Namun bagi individu rakyat seperti Puan Dayah ini, Bantuan Rakyat 1Malaysia, betul-betul dapat membantu meringankan beban yang ditanggung bagi kos persekolahan anak-anaknya," kata beliau.

malaysiakini.com

Najib turut mengajak seluruh rakyat bersama-samanya demi mencapai cita-cita menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dan disegani dunia

"Selagi cita-cita murni tidak padam, kita tidak akan keseorangan, tidak pula hilang haluan dan pedoman. Ayuhlah, ayuhlah, bersama-sama berganding di atas roh perjuangan yang sama, kita terus menuju gagah ke hadapan, ke arah Malaysia yang maju lagi disegani di pesada dunia."

astroawani.com

Baca perkara lain yang dijawab oleh PM Najib Tun Razak mengenai isu yang dikemukakan Tun Dr Mahathir DI SINI:

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? 'LIKE' Facebook SAYS SEISMIK serta 'follow' kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: