seismik

"Pok Li Mari Kubur Nak Makan Dengan Dia" - Kisah Sayu Suami Lawat Kubur Isteri Tanpa Henti

Terharunya!

Cover image via Twitter @Amieraizat14 & Islam Itu Indah

Tidak ada mana-mana insan di muka bumi ini yang rela kehilangan insan kesayangannya

Ia pasti lebih menyedihkan apabila insan yang selama ini menjadi peneman setia dalam hidup kita meninggal dunia dan pergi buat selama-lamanya. 

Meskipun menyedari bahawa ajal itu telah ditentukan oleh Sang Pencipta, namun perasaan sayu pastinya akan menyelubungi mereka yang masih hidup di atas muka bumi ini.

Namun apakan daya, setiap yang diberi kepada kita itu adalah pinjaman di dunia semata-mata, termasuklah cinta sejati. 

Apabila cinta sejati itu dipisahkan dengan kematian, maka yang tinggal hanyalah perasaan rindu dan kenangan indah yang sentiasa terpahat di hati dan dalam ingatan.

Begitulah juga yang dapat digambarkan dalam kisah ini apabila seorang suami tidak pernah lelah menziarahi isterinya yang sudah 3 tahun meninggal dunia

Menerusi satu perkongsian yang dimuat naik pengguna Twitter bernama Amieraizat, dia menceritakan semula kisah seorang lelaki yang sering dijumpanya di sebuah tanah perkuburan.

Apa yang menyentuh hati, lelaki tersebut yang dikenali sebagai Pok Li dikatakan sering menziarahi kubur arwah isterinya selama tiga tahun tanpa henti. Malah lebih sayu, kubur itu juga diziarahi lebih daripada sekali dalam sehari oleh Pok Li.

Sejak ia dikongsikan, kisah tersebut telah mendapat lebih daripada 16 ribu RTs dan 18 ribu tanda suka.

Baca perkongsian penuh di bawah:

Pok Li ada setiap masa di kubur arwah isterinya

Cerita individu ini, Pok Li menziarahi kubur arwah isterinya itu selama tiga tahun sejak meninggal dunia

Apa yang lebih mengharukan, Pok Li dikatakatan menziarahi kubur arwah isterinya itu sebanyak tiga kali dalam sehari

Inilah bukti bahawa cinta sejati masih wujud. Semoga kisah ini lebih membuka mata kita tentang kasih sayang di antara pasangan selepas ini.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

You may be interested in: