"Tunggu Saya Dekat Syurga" - Hanya 6 Bulan Diijabkabul, Suami Wanita Ini Dijemput Ilahi
Sedihnya.
Seperti yang sudah diketahui umum, rezeki, jodoh dan maut semuanya sudah ditetapkan oleh Allah SWT
Dan sudah menjadi norma kebanyakan manusia, kita akan lebih fokus terhadap rezeki kita, bagaimana bentuk rezeki yang Allah SWT akan kurniakan kepada kita. Kemudian, sudah menjadi fitrah, kita pasti akan memikirkan mengenai jodoh kita pula, siapa yang paling layak untuk dijadikan sebagai pasangan kita.
Namun, tanpa kita sedar, ajal dan maut bakal menjemput kita pada bila-bila masa sahaja tanpa kita ketahui. Lebih menyedihkan lagi apabila yang dijemput ilahi itu adalah orang yang paling kita sayangi.
Menerusi satu tweet di laman Twitter, seorang wanita telah berkongsikan kehidupannya yang hanya sempat bersama sang suami selama 6 bulan sahaja, sebelum dia dijemput ilahi
Wanita yang dikenali sebagai Masita telah merangka satu tweet di laman Twitter tentang tarikh saat pertama kali bertemu suaminya, bertunang, berkahwin sehinggalah detik suaminya meninggal dunia.
Tweet itu telah tular di laman sosial dan menerima lebih 12 ribu ulang kicau retweets dan 10 ribu tanda like di Twitter.
Ekoran tularnya tweet tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati lalu memberi kata-kata semangat kepada wanita berkenaan