Pemuda Maut Sehari Selepas Hantar Ibu Bapa Tunai Umrah, Caption-nya Di IG Buat Ramai Sebak
Arwah Nabil meninggal dunia akibat luka dalaman ekoran kemalangan di Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE Highway).
Ajal dan maut di tangan Allah SWT
Seperti yang sudah diketahui umum, rezeki, jodoh dan maut semua sudah ditetapkan oleh Allah SWT semenjak kita masih berada di dalam kandungan lagi.
Kita sebagai manusia sering kali tertanya-tanya akan rezeki kita, bagaimana bentuk rezeki yang akan Allah SWT kurniakan kepada kita. Selain itu, apabila sudah tiba masanya pula, kita pasti akan memikirkan mengenai jodoh kita pula, siapa yang paling layak untuk dijadikan sebagai pasangan kita, walhal semuanya sudah ditetapkan oleh Allah SWT.
Sedang kita sibuk memikirkan akan rezeki dan jodoh kita serta bekerja kuat demi mencari rezeki, dan berusaha sehabis mungkin dalam mencari pasangan hidup, namun begitu, kita selalu lupa memikirkan soal maut yang boleh menjemput kita pada bila-bila masa sahaja tanpa kita ketahui.
Menerusi satu perkongsian di Twitter, seorang pemuda telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya, sehari selepas dia menghantar ibu bapanya ke lapangan terbang bagi menunaikan ibadah umrah
Perkongsian tersebut telah dikongsikan oleh pengguna Twitter @nuraminnn. Menerusi thread daripada perkongsian itu, didapati bahawa arwah Nabil meninggal dunia akibat luka dalaman ekoran kemalangan jalan raya. Arwah dikatakan ingin mengelak lubang pada jalan raya di Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE Highway), lalu terpelanting dari motosikalnya.
Dengan ketiadaan kedua ibu bapanya di sini, jenazah arwah Nabil telah diuruskan oleh kakaknya
Satu screenshot perbualan dengan kakak arwah turut dikongsikan di laman sosial tersebut.