seismik

Jururawat Mulia Ini Jadi Perhatian, Sanggup Berhenti Tepi Untuk Bantu Mangsa Kemalangan

Semasa kejadian berlaku, jururawat tersebut sedang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.

Cover image via Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Johor

Apabila berlaku kemalangan di jalan raya, selalunya orang ramai akan merungut disebabkan kesesakan lalu lintas yang terhasil daripadanya

Image via Motorev

Bukan itu sahaja, ada juga golongan yang akan mengambil gambar kemalangan serta mangsa kemalangan itu atas tujuan ingin menularkannya di laman sosial masing-masing.

Namun begitu, setiap yang buruk, pasti ada yang indahnya kerana akan terdapat juga  sebilangan daripada rakyat kita yang akan menghentikan kenderaan demi membantu dan meringankan beban mangsa kemalangan.

Yang menjadi lebih mulia apabila mereka membantu orang yang langsung mereka tidak kenali.

Baru-baru ini, seorang jururawat yang membantu seorang mangsa kemalangan di tengah-tengah jalan raya telah mendapat perhatian orang ramai

Semasa kejadian berlaku, jururawat yang bernama Nur Syuhada dari bahagian Neurosurgery, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, Johor itu sedang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja pada hari Ahad, 4 November yang lalu.

Dalam perjalanan, dia ternampak seorang mangsa kemalangan yang berada di tengah-tengah jalan raya. Tanpa berlengah, Nur Syuhada terus memberhentikan keretanya dan menghalang kereta lain sebelum membawa mangsa ke tepi jalan. Bukan itu sahaja, dia turut menenangkan mangsa kemalangan tersebut.

Peristiwa ini telah diceritakan dalam bentuk posting dalam laman rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Johor.

Tindakan Nur Syuhada ini telah mendapat perhatian Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim

Dalam akaun Facebook miliknya, Tunku Ismail telah memuji tindakan Nur Syuhada kerana telah menunjukkan teladan yang baik dan masih menunaikan tanggungjawab walaupun di luar waktu kerja.

Ramai netizen yang turut memuji tindakan mulia jururawat tersebut yang sedia membantu di mana sahaja

Diharap jururawat Nur Syuhada sentiasa dimuahkan rezeki dan mendapat balasan setimpal diatas kebaikannya itu.

Semoga kita semua juga boleh menjadikan kisah ini teladan. :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

You may be interested in: