Pokok Tumbang Mencederakan 14 Orang Ketika Bersarapan Pagi
Tiada hujan tiada guruh, tiba-tiba sahaja pokok tumbang hempap kedai kopi semasa pelanggan sedang bersarapan.
Seramai 14 Orang Tercedera Ketika Sedang Bersarapan Pagi Apabila Sebuah Pokok Besar Tumbang Menghempap Kedai Kopi Pada 23 April 2014 Di Taiping
Dua cedera parah manakala 12 yang lain cedera ringan apabila sebatang pokok tumbang dan menimpa sebuah kedai kopi di Kampung Tapah, Sungai Bayor dekat Selama, Taiping pada pagi Rabu, 23 April 2014.
mstar.com.myDalam kejadian 7.30 pagi itu, mangsa yang mengalami kecederaan parah Mohd Hanafi Che Wok, 76, dan Hassan Hamid, 70-an, sedang menikmati sarapan pagi dan cedera pada bahagian muka serta kepala selepas tersepit dalam kejadian itu.
mstar.com.mySeramai 12 lagi yang cedera pula termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun hanya cedera ringan termasuk calar dan mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar.
bharian.com.myPokok Yang Tumbang Itu Dikatakan Setinggi 11 Meter Dan Mempunyai Ukur Lilit Sebesar Satu Pemeluk Orang Dewasa
Pokok Macang yang menghempap kedai kopi berkenaan berukur lilit sebesar satu pemeluk orang dewasa dan setinggi hampir 11 meter.
bharian.com.myTiada Sebarang Petanda Menunjukkan Pokok Tersebut Akan Tumbang Kerana Ketika Itu Cuaca Dikatakan Sangat Baik
Seorang pelanggan, Hassan Basri Ahmad, 53 berkata, “Ketika sedang minum tiba-tiba saya terdengar bunyi benda meletup dan tidak sampai beberapa saat pokok besar menimpa kedai kopi menyebabkan saya dan pelanggan lain terperangkap selepas kedai itu runtuh."
bharian.com.my"Kami tidak dapat berbuat apa-apa dan ketika itu hanya terdengar suara jeritan Allahuakbar dan meminta tolong.”
bharian.com.myPihak Bomba Dan Penyelamat Tiba Di Tempat Kejadian 28 Minit Kemudian
Sebelas anggota termasuk pegawai bersama sebuah jentera dan tiga kenderaan utiliti milik bomba tiba di tempat kejadian 28 minit kemudian.
mstar.com.my"Tiba di tempat kejadian kami melihat orang awam sedang menyelamatkan mangsa yang tersepit selain membersihkan kawasan dan memotong pokok yang tumbang," kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Selama, Mohd Fadzeli Che Husin.
mstar.com.myBagaimanapun, katanya hanya dua mangsa yang tersepit manakala yang lain dapat menyelamatkan diri.
mynewshub.myKesemua Mangsa Yang Tercedera Dihantar Ke Hospital Selama Dan Sebuah Klinik Berdekatan. Tiada Kematian Dilaporkan Dalam Kejadian Tersebut.
Kedua-dua mangsa yang cedera parah dirawat di Hospital Selama dan 12 mangsa lain termasuk seorang wanita dan seorang kanak-kanak menerima rawatan di klinik berdekatan dan dibenarkan pulang.
mynewshub.myDua parah di bahagian kepala dan muka dan mungkin akan dipindahkan ke Hospital Taiping manakala yang lain cedera ringan.
home.net.my