seismik

Polis Benarkan Jualan 36 Jenis Bunga Api & Mercun Bermula 10 Ramadan Hingga 10 Syawal Ini

Peniaga dinasihatkan mendapatkan lesen dan permit daripada pihak berkuasa sebelum tarikh penjualan ditetapkan.

Cover image via Malaysia Gazette & UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Polis Melaka masih membuka permohonan bagi mendapatkan lesen dan permit sah untuk menyimpan dan menjual mercun serta bunga api sempena Ramadan dan Aidilfitri ini

Menurut laporan, Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, peniaga dinasihatkan mendapatkan lesen dan permit daripada pihak berkuasa sebelum tarikh penjualan ditetapkan bagi mengelakkan dikenakan tindakan undang-undang.

"Permohonan masih dibuka dan sebarang jumlah permit yang diluluskan adalah tertakluk kepada kelulusan Ketua Polis Daerah.

"Penjualan bunga api dan mercun berlesen dibenarkan bermula 20 hari sebelum hari raya dan 10 hari selepas raya,"
katanya dalam kenyataan baru-baru ini.

Gambar sekadar hiasan

Image via UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF

Sebanyak 36 bunga api jenis 'happy boom' sahaja yang dibenarkan untuk jualan di tempat umum

Jelas Dzulkhairi, hanya penjualan bunga api jenis ‘happy boom’ yang dibenarkan oleh pihak berkuasa kerana ia mengandungi bahan bakar tidak membahayakan keselamatan sempena sambutan Aidilfitri.

"Jenis bunga api yang dibenarkan untuk jualan adalah sebanyak 36 bunga api jenis 'happy boom'," katanya.

Tambah beliau lagi, lokasi penjualan yang dibenarkan adalah seperti di bazar Ramadan manakala penjualan di luar kawasan bangunan pasar raya atau pusat membeli-belah dan perniagaan runcit perlu mendapat kelulusan dari pihak terbabit.

Berikut di bawah antara senarai 36 jenis bunga api yang boleh diniagakan secara umum dibenarkan oleh pihak polis:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

More stories to read: